COVID-19 : Kes Harian Tertinggi Pernah Dicatatkan Setakat Ini Sebanyak 6,075 Kes

COVID-19 : Kes Harian Tertinggi Pernah Dicatatkan Setakat Ini Sebanyak 6,075 Kes

Buat pertama kali, Malaysia mencatatkan kes harian tertinggi COVID-19 iaitu sebanyak 6,075 kes sejak wabak ini melanda negara. Jika sebelum ini kes harian tertinggi pernah dicatatkan adalah sebanyak 5,728 kes iaitu pada 30 Januari yang lalu.

Daripada 6,075 kes terbaru ini, kes tertinggi iaitu di negeri Selangor sahaja mencatatkan kes lebih 2k iaitu 2,251 diikuti dengan Johor (699 kes), Kuala Lumpur (660 kes) dan Kedah (445 kes).

Oleh itu, setakat 19 Mei 2021, Menurut data daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Malaysia telah mencatatkan sebanyak 485,496 kes jangkitan COVID-19.

Pecahan setiap negeri bagi kes harian COVID-19:

  • Selangor : 2,251 kes
  • Sabah : 160 kes
  • Johor : 699 kes
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur : 660 kes
  • Sarawak : 323 kes
  • Pulau Pinang : 183 kes
  • Negeri Sembilan : 189 kes
  • Kelantan : 441 kes
  • Perak : 220 kes
  • Kedah : 445 kes
  • Melaka : 122 kes
  • Pahang : 150 kes
  • Terengganu : 203 kes
  • Wilayah Persekutuan Labuan : 14 kes
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya : 9 kes
  • Perlis : 6 kes

COVID-19 : Kes Harian Tertinggi Pernah Dicatatkan Setakat Ini Sebanyak 6,075 Kes

Post a Comment

Previous Post Next Post