Inspirasi Dari Kisah Benar: Dolla Watch Me Glow Di Astro Citra (Citra Exclusive)

Dolla Watch Me Glot Di Astro Citra (Citra Exclusive)

Nampaknya Citra Exclusive kali ini ada sedikit kelainan iaitu melalui tayangan telefilem Dolla Watch Me Glow di Astro Citra. Ianya menceritakan bagaimana kehidupan ahli kumpulan Dolla sebenar sebelum kecimpung di dalam dunia muzik tanah air.

Telefilem Dolla ini merupakan inspirasi dari kisah benar dimana, mereka memberitahu lebih 60% jalan ceritanya adalah benar berdasarkan kehidupan setiap ahli kumpulan tersebut. Jadi dengan arahan Izuan Mokhatar pastinya akan menjadikan telefilem ini lebih drama dan menarik untuk ditonton.

Pada awal kemunculan, katanya Dolla meniru sebuah kumpulan K-Pop iaitu Blackpink. Tetapi lama-kelamaan peminat di Malaysia sepertinya sudah menerima kehadiran mereka dalam industri muzik. Lagu-lagu pun sedap. Nak tahu apa cerita disebaliknya, kena la tengok telefilem ni nanti.

Sinopsis Telefilem Dolla Watch Me Glow

Telefilem Dolla mengisahkan Sabrina, Tabby, Angel dan Sasha ingin mencapai cita-cita dan minat mereka dalam bidang Muzik. Namun, mereka terpaksa mengharungi dugaan demi untuk mencapai impian mereka.

Dolla Watch Me Glot Di Astro Citra (Citra Exclusive)

Menceritakan perbezaan latar belakang dan akhirnya disatukan menjadi sebuah kumpulan wanita terkenal di Malaysia. Jadi ikuti perjalanan 4 wanita ini bagi mencapai cita-cita sehingga berjaya.

Barisan Pelakon

Pastinya 4 pelakon utama iaitu anggota Dolla sendiri iaitu Sabronzo (Sabrina), Angel, Syasya dan Tabby. Disamping pelakon lain seperti Fauziah Nawi, Azwan Ali, Catriana Ross, Aida Aris, Angeline Tan, Douglas Lim, Mat Over, Aniq Suhair dan ramai lagi.

Dolla Watch Me Glot Di Astro Citra (Citra Exclusive)

Produksi Dan Pengarah

Telefilem Dolla diarahkan oleh Izuan Mokhtar dan skrip dihasilkan oleh Marr Mohamad. Telefilem ini juga hasilkan melalui team produksi Zeel Production Sdn. Bhd.

Waktu Tayangan

Sama seperti tayangan telefilem sebelum ini bagi slot Citra Exclusive, telefilem Dolla juga akan bersiaran pada hari Sabtu iaitu 22 Me ini, jam 9.00 malam di Astro Citra. Selain itu, boleh juga saksikan secara On Demand atau melalui aplikasi Astro Go.

Jadi peminat Dolla khususnya, pasti tak sabar dan teruja untuk lihat sendiri idola mereka berlakon disamping ketahui jalan cerita dan kehidupan setiap ahli kumpulan Dolla itu tersebut.

Post a Comment

Previous Post Next Post