Cara Buat Pembayaran i-Saraan KWSP Guna Maybank2U

Cara Buat Bayaran i-Saraan KWSP Menggunakan Maybank2U

Pembayaran i-Saraan KWSP selain boleh dibuat secara manual di kaunter, anda juga boleh lakukan secara onlin menggunakan online banking seperti Maybank2U. Jadi pastinya urusan lebih mudah, cepat dan jimat masa.

i-Saraan KWSP merupakan insentif daripada Kerajaan bagi menggalakkan mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap untuk mencarum bagi tabung persaraan secara sukarela. Kerajaan menawarkan 15% atau maksimum RM25 setahun sebagai tambahan kepada pencarum yang membuka akaun i-Saraan.

Berbeza dengan self-contribution atau caruman sukarela sendiri, kerana ianya tidak mendapat insentif tambahan daripada Kerajaan. Jadi untuk melayakkan anda mendapat tawaran tersebut, kena daftar untuk akaun i-Saraan KWSP.

Semasa pendaftaran, anda boleh sahaja terus buat bayaran mengikut kemampuan di kaunter KWSP, tetapi sebenarnya anda juga boleh selesaikan dirumah dengan buat bayaran secara online iaitu melalui perbankan internet.

Cara Dan Keadah Buat Bayaran KWSP

Untuk pengetahuan, pembayaran KWSP boleh dibuat dalam 4 cara iaitu : 

#1 - Perbankan Internet (secara online)

  • Maybank
  • Public Bank
  • RHB Bank
  • Bank Muamalat
  • CIMB Bank
  • Bank Islam
  • MBSB

#2 - Kaunter Ejen bank (Tunai/cek)

  • BSN
  • Maybank
  • Public Bank

#3 - Kaunter Ejen Bank (Tunai/cek)

  • Ejen Bank (EB) BSN

#4 - Kaunter KWSP

Cara Buat Bayaran Menggungkana Perbankan Internet, Maybank2U

Jadi kepada mereka yang mempunyai akaun Maybank2u, anda boleh sahaja gunakan akaun tersebut untuk buat bayaran KWSP secara sukarela kepada akaun i-Saraan pada bila-bila masa dan berapa nilai sekali pun.

Langkah 1 - Pergi ke website Maybank2u di www.maybank2u.com.my

Langkah 2 - Login menggunakan username dan password seperti biasa

Langkah 3 - Kemudian pergi bahagian "Pay & Transfer"

Cara Buat Bayaran i-Saraan KWSP Menggunakan Online Banking Maybank2U

Langkah 4 - Pergi bahagian Pay, kemudian pada Pay To pilih Payee > New Payment dan pilih "EPF"

Cara Buat Bayaran i-Saraan KWSP Menggunakan Online Banking Maybank2U

Langkah 5 - Isi segala maklumat yang diperlukan. Paling penting bahagian EPF Account Type pilih "i-Saraan / i-Suri"

  • Member's EPF No - Nombor KWSP anda
  • EPF Account Type - Pilih i-Saraan/i-Suri
  • To Member's Name - Nama anda
  • Member's IC No - Nombor kad pengenalan anda
  • Amount - Jumlah bayaran yang anda ingin buat

Jika sudah selesai, tekan "Pay"

Cara Buat Bayaran i-Saraan KWSP Menggunakan Online Banking Maybank2U

Langkah 6 - Seterusnya buat bayaran dengan dapatkan nombor TAC seperti biasa sehingga selesai. Siap!


Untuk ketahui lebih lanjut, boleh pergi ke laman web i-Saraan KWSP

Post a Comment

Previous Post Next Post