Senarai Bantuan PKP 3.0 Melalui Program PEMERKASA Plus

Senarai Bantuan PKP 3.0 Melalui Program PEMERKASA PLUS

Perdana Menteri, Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bantuan Khas PKP 3.0 melalui pakej bantuan PEMERKASA PLUS iaitu lanjutan daripada PEMERKASA sebelum ini.

Berikutan perintah 'Total Lockdown' bermula 1 Jun 2021 untuk 14 hari ini, pastinya akan memberi kesan terutamanya golongan bawahan bagi meneruskan kehidupana berikutan ada perniagaan yang terpaksa ditutup bagi mematuhi segala SOP yang ditetapkan.

Tetapi pastinya bantuan PEMERKASA+ ini sedikit sebanyak dapat membantu serta meringankan beban rakyat yang terkesan terutamanya bagi mengharungi hari-hari sepanjang PKP 3.0 berlangsung.

Senarai Bantuan PKP 3.0 Melalui Program PEMERKASA PLUS

Perdana Menteri mengumumkan PEMERKASA Plus dengan tambahan RM40 bilion ini akan dilaksanakan berlandaskan 3 matlamat utama iaitu :

  1. Mempertingkatkan Kapasiti Kesihatan Awam
  2. Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat
  3. Menyokong Kelangsungan Perniagaan

1)  Tambahan Bantuan Prihatin Rakyat yang bermula akhir Jun 2021

  • Isi rumah berpendapatan <RM2,500 dapat RM500
  • Isi rumah berpendapatan RM2,501 - RM5,000 dapat RM300
  • Golongan bujang berpendapatan <RM2,500 dapat RM100

2)  Bantuan pinjaman bank bersasar (Opt In) iaitu Moratorium pinjaman selama 3 bulan atau pengurangan bayaran balik ansuran 50% selama 6 bulan

3)  Bantuan pinjaman bank bersasar

4)  Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas & Teksi dimana diberikan moratorium pinjaman sehingga 12 bulan

5)  Moratorium atau penjadualan semula bayaran balik pinjaman pelajaran MARA

6)  Usahawan MARA yang terkesan diberikan diskaun 30% sewaan premis

7)  Pelanjutan program subsidi upah selama 1 bulan bagi semua sektor ekonomi terkesan

8)  Pengecualian pembayaran Levi (HRDF) selama 1 bulan

9)  Geran Khas Prihatin (GKP) bagi PKS Mikro dinaikkan kepada RM1500 (Jun 2021: RM1000 dan Julai 2021 : RM500)

10)  Pembiyaan mikro kredit dengan kadar pembiayaan serendah 3%

11)  Bantuan Khas One-Off RM500 kepada pemandu teksi, kereta sewa, bas sekolah, bas persiaran, e-hailing dan pemandu pelancong

12)  Pengecualian bayaran lewat pembaharuan lesen perniagaan SSM RM 70/tahun sehingga 31 Disember 2021

13)  Diskaun bil elektrik sebanyak 10% untuk 6 sektor terjejas untuk 3 bulan

14)  Lanjutan Pengecualian Cukai Jualan (SST) kenderaan penumpang CKD dan CBU Import

15)  Kredit RM150 dalam program eBelia

16)  Jaringan Prihatin untuk penerima BPR

Bantuan-bantuan ini akan mula di agih serta merta mulai 1 Jun 2021.

Post a Comment

Previous Post Next Post