Rebat Sehingga RM300 Untuk Telefon Pintar Dan Data Internet Melalui Program Jaringan Prihatin

Jaringan Prihatin Malaysia 2021

Kerajaan telah memperkenalkan program Jaringan Prihatin dibawah Belanjawan 2021 bagi memberi bantuan untuk mendapatkan peranti mudah alih (telefon pintar) dan pelan data internet.

Jaringan Prihatin adalah kerjasama antara Kementerian Kewangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta 12 syarikat telekomunikasi yang lain iaitu Celcom, Digi, Maxis, Mcalls, redONE, speakOUT, Tune Talk, U Mobile, unifi Mobile, XOX Mobile, YES dan Yoodo.

Secara jumlahnya, peruntukan yang dikeluarkan adalah berjumlah RM3.5 bilion yang baka memberi faedah kepada penerima-penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Nilai Bantuan Jaringan Prihatin

Di bawah Jaringan Prihatin ini, penerima yang layak boleh memilih salah satu dari 2 manfaat iaitu pakej peranti atau pakej peranti + pelan data bulanan (Bagi Kategori B40). Berikut merupakan nilai subsidi daripada Kerajaan.

Penerima BPR (berkahwin atau ibu/bapa tunggal) dan mempunyai anak di bawah umur 18 tahun akan ditawarkan subsidi:

  • RM300 (diberikan secara penuh) untuk pakej peranti, atau
  • RM180 untuk data internet bulanan selama 12 bulan.

Sementara itu, penerima BPR (bujang atau berkahwin) dan tidak mempunyai anak di bawah umur 18 tahun akan ditawarkan subsidi:

  • RM180 (diberikan secara penuh) untuk pakej peranti, atau
  • RM180 untuk data internet bulanan selama 12 bulan.

Jaringan Prihatin

Oleh itu, bagi mereka yang layak, anda boleh mula buat pendaftaran bagi program Jaringan Prihatin bermula 5 Mei hingga 31 Julai 2021. Pendaftaran boleh dibuat dengan syarikat telekomunikasi yang menyertai program ini seperti dibawah.

Hanya satu tuntutan dibenarkan bagi setiap individu atau isi rumah yang layak dimana disahkan melalui nombor kad pengenalan.

Daftar Program Jaringan Prihatin Mengikut Syarikat Telekomunikasi

#1 - Celcom

jaringan prihatin celcom

Melalui tawaran daripada Celcom. Pengguna B40 yang layak dapat peroleh rebat dari RM180 hingga RM300 untuk pembelian telefon dan rebat dari RM15 hingga RM25 sebulan (khusus golongan isi rumah boleh dapat telefon percuma) untuk pelan pascabayar.  Tidak cukup dengan itu, Celcom bagi lagi subsidi tambahan RM60 dengan plan XP Lite dan 2GB internet harian percuma.

Anda hanya perlu semak kelayakan dengan masukkan nombor kad pengenalan. Tunggu status permohonan. Sekiranya layak, anda boleh peroleh rebat yang ditawarkan ini dan mungkin membawa sekali telefon pintar percuma. Juga ditawarkan untuk pelan prabayar

Info lanjut boleh layari Celcom alert-info

#2 - Digi

Digi Jaringan Prihatin

Digi juga ada tawarkan rebat sehingga RM180 bagi data internet untuk golongan B40 yang tiada anak bawah 18 tahun. Manakala untuk kategori golongan B40 yang mempunyai anak atas 18 tahun peroleh rebat sehingga RM300 untuk data internet dan telefon pintar percuma.

Anda boleh semak kelayakan dengan klik pada butang "Jom Tebus" dan masukkan nombor kad pengenalan. Tunggu status permohon. Jika layak, boleh buat penebusan untuk data internet atau data internet + telefon pintar percuma.

Info lanjut boleh layari Digi alert-info

#3 - U Mobile

U Mobile Jaringan Prihatin

U Mobile menawarkan 2 jenis rebat iaitu data internet dan telefon pintar percuma dengan nilai rebat yang sama dari RM180 hingga RM300. Kepada yang layak, boleh tebus telefon pintar secara percuma dengan melanggan pelan GX68 atau GX50. Tidak cukup dengan itu, U Mobile ada bagi bonus tambahan iaitu 2GB data pantas setiap hari.

Jadi semak dahulu kelayakan anda. Tunggu status permohon. Jika layak, boleh buat penebusan untuk data internet atau data internet + telefon pintar

Info lanjut boleh layari U Mobile alert-info

#4 - Maxis

Maxis Jaringan Prihatin

Sama seperti syarikat telco yang lain, Maxis juga menawarkan subsidi dengan nilai dari RM180 sehingga RM300 untuk data internet sahaja atau data internet + telefon pintar percuma. Di datangkan untuk prepaid dan postpaid

Untuk buat semakan kelayakan, boleh klik pada "Periksa Kelayakan Saya" dan ikuti arahan yang dipaparkan sehingga selesai. Jika layak, anda boleh tebus subsidi data internet dan telefon pintar seperti yang ditawarkan

Info lanjut boleh layari Maxis alert-info

#5 - XOX

XOX Jaringan Prihatin

XOX juga tawarkan penebusan telefon pintar atau rebat data internet sehingga RM180 dan setiap daripada mereka yang layak peroleh percuma data 2GB setiap hari. Antara telefon pintar percuma yang ditawarkan adalah Vivo Y1S dan Samsung A02. Untuk jenama lain, diberi potongan dengan harga bermula serendah RM50 sahaja.

Untuk semak kelayaka, pada website XOX tersebut, klik pada "Semak Kelayakan" dan masukkan nombor kad pengenalan.

Info lanjut boleh layari XOX alert-info

#6 - MCalls

MCalls Jaringan Prihatin

Masih mengekalkan nilai rebat yang sama dari RM180 sehingga RM300 untuk data internet dan telefon pintar. Tetapi seperti yang dipaparkan di dalam website mereka, tiada telefon percuma yang ditawarkan sebaliknya dengan rebat RM300, tawaran harga telefon pintar adalah bermula serendah RM148 yang didatangkan dengan pelan Mcalls prepaid Prihatin.

Info lanjut boleh layari MCalls alert-info

#7 - Red ONE

Red ONE Jaringan Prihatin

Red ONE menawarkan panggilan tanpa had dan penjimatan hebat dengan pelan pospaid eksklusif bagi program Jaringan Prihatin ini iaitu melalui BPR38 atau dapatkan Data 10GB 4G LTE Percuma setiap bulan. Dengan pelan baru ini juga, bagi yang layak bakal menerima telefon pintar Samsung A02 atau Nokia C2 secara percuma. Anda perlu bayar RM38 sahaja sebulan.

Manakala untuk subsidi (RM180) data internet, tambahan data diberikan bagi setiap pelan yang ditawarkan. Untuk buat semakan, masukkan no. kad pengenalan anda pada ruang yang disediakan. Jika layak, terus hubungi 1-800-88-2747 untuk tindakan seterusnya

Info lanjut boleh layari Red ONE alert-info

#8 - SpeakOUT

SpeakOUT Jaringan Prihatin

Sepertinya tawaran yang diberi sama seperti daripada syarikat MCalls. Dengan tawaran terhad ini, boleh dapatkan telefon pintar dengan tanda harga serendah RM138. Kami masih tidak pasti kenapa bukan percuma seperti yang ditawarkan daripada syarika-syarikat lain. Sebagai tambahan, akan diberikan datan internet 2.5GB setiap bulan.

Jangan lupa buat semakan terlebih dahulu, jika layak barulah anda boleh nikmat tawaran yang ditawarkan melalui program Jaringan Prihatin ini

Info lanjut boleh layari Speak Out alert-info

#9 - Tune Talk

Tune Talk Jaringan Prihatin

Tune Talk menawarkan pelan data RM20 setahun atau percuma telefon pintar 4G. Ini bagi menyahut seruan Kerajaan menerusi program Jaringan Prihatin yang mana rakyat daripada golongan B40 yang layak boleh menebus subsidi RM180 atau RM300 untuk pelan data dan pakej peranti pintar.

Info lanjut boleh layari Tune Talk alert-info

#10 - Unifi Mobile

Unifi Mobile Jaringan Prihatin

Unifi Mobile tidak menawarkan telefon pintar tetapi lebih fokus kepada tawaran pelan data. Anda boleh dapatkan pelan unifi mobile 39 (RM39/sebulan) dengan harga RM24 sahaja sebulan. RM15 subsidi daripada kerajaan melalui program Jaringan Prihatin ini.

Info lanjut boleh layari Unifi Mobile alert-info

#11 - YES

YES Jaringan Prihatin

YES menawarkan rakyat dari golongan B40 telefon pintar dan data PERCUMA selama setahun. Tiada deposit, kontrak atau bayaran yang dikenakan. Anda perlu buat semakan kelayakan terlebih dahulu disini atau buat menerusi aplikasi Shopee.

Anda bakal peroleh telefon pintar percuma, data percuma, baucer RM50 Shopee dan aplikasi pendidikan.

Info lanjut boleh layari YES alert-info

#12 - Yoodo

Yoodo Jaringan Prihatin

Yoodoo hanya menawarkan pelan data internet lebih murah daripada subsidi yang diberikan oleh Kerajaan. Anda boleh dapatkan 20GB data internet dengan harga RM20 (sebelum ini RM35) serta 2GB data percuma setiap hari. Untuk dapatkan tawaran ini, boleh terus beli melalui aplikasi Yoodo dan pilih Jaringan Prihatin untuk daftar.

Info lanjut boleh layari Yoodo alert-info


Untuk maklumat lanjut berkaitan program Jaringan Prihatin ini, anda boleh layari laman web Belanjawan 2021 di belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/jaringanprihatin

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments