Senarai Aktiviti Dan Perkhidmatan Yang Tidak Dibenarkan Semasa 'Total Lockdown'

Senarai Aktiviti Dan Perkhidmatan Yang Tidak Dibenarkan Semasa 'Total Lockdown'

Datuk Seri Ismail Sabri memberitahu dalam sidang media khas sebentar tadi, tempoh 14 hari (1 Jun - 14 Jun 2021) 'Total Lockdown' ini adalah penting bagi membendung penularan COVID-19 sekali gus melandaikan lengkuk jangkitan. Oleh itu, Kerajaan bersetuju dengan tidak membenarkan beberapa aktiviti dilakukan beserta perkhidmatan dan perniagaan juga tidak dibenarkan beroperasi

BACA : Senarai Perkhidmatan Perlu yang Dibenarkan Beroperasi Sepanjang 'Total Lockdown' Bermula 1 Jun Ini

SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Tidak Dibenarkan

Jadi bermula 1 Jun hingga 14 Jun 2021, Kerajaan tidak masih tidak membenarkan pergerakan merentas negeri dan daerah serta kali ini tiada pergerakan bagi pasangan jarak jauh.

Bagi sektor pendidikan, semua sekolah, IPTA dan IPTS dibawah KPM masih tidak dibenarkan beroperasi termasuklah pusat tuisyen, pusat bahasa, pusat bimbingan dan lain-lain. Aktiviti PdP secara bersemuka di IPT juga tidak dibenarkan kecuali bagi pelajar yang berkeperluan

Senarai Perniagaan Dan Perkhidmatan yang tidak dibenarkan beroperasi

1)  Dine-in dan perkhidmatan park & dine

2)  Pasar tani, pasar minggu, pasar malam dan pasar tamu

3)  Operasi kafe siber dan pusat siber

4)  Aktiviti fotografi

5)  Agensi nombor ramalan, lumba kuda dan kasino

6)  Operasi spa, refleksologi dan pusar urut

7)  Wellness dan salun kecantikan

8)  Perkhidmatan pedicure dan manicure

9)  Kedai gunting rambut

10)  Kedai perabot

11)  Pusat cuci kenderaan

12)  Kedai barang kemas

13)  Kedai buku dan alat tulis

14)  Kedai aksesori kenderaan

15)  Kedai pakaian, fesyen dan aksesori

16)  Kedai alat permainan

17)  Kedai peralatan sukan

18)  Kedai bunga/nurseri

Aktiviti Yang Tidak Dibenarkan

1)  Aktiviti memancing kecuali bagi tujuan sara hidup

2)  Pawagam dan pawagam pandu masuk

3)  Aktiviti rasmi atau tidak rasmi kerajaan dan swasta

4)  Majlis sosial seperti kenduri-kendera, majlis meraikan pernikahan atau pertunangan, majlis perkahwinan, resepsi, majlis aqiqah, doa selamat, tahlil dan lain-lain majlis sosial

5)  Zoo, akuarium juga tidak dibenarkan

6)  Taman tema, Pusat Hiburan Keluarga

Untuk SOP PKP penuh dan sektor perkhidmatan yang dibenarkan beroperasi sepanjang 'Total Lockdown' ini, anda boleh dapatkan di pautan MKN di www.mkn.gov.my

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments