Grab Tawarkan Diskaun RM8 Untuk Warga Emas Yang Ingin Pergi Ke Pusat Vaksinasi

Grab Tawarkan Diskaun RM8 Untuk Warga Emas Yang Ingin Pergi Ke Pusat Vaksinasi

Bagi menyahut seruan Kerajaan bagi mencapai Herd Immunity, pihak Grab tawarkan diskaun RM8 kepada warga emas yang ingin pergi ke pusat vaksinasi bagi menerima suntikan vaksin COVID-19 setelah pendaftaran dibuat.

Pengangkutan adalah salah satu cabaran bagi ramai rakyat Malaysia terutamanya bagi kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas. Mereka telah mendaftar untuk suntikan vaksin tetapi tidak mempunyai kenderaan untuk pergi hadir ke pusat vaksinasi. 

Oleh itu, untuk menjadikan perjalanan lebih mudah dan selamat selepas ini, pihak Grab akan menawarkan diskaun eksklusif bagi perjalanan untuk pergi dan pulang ke pusat vaksinasi di seluruh negara khusus untuk Warga Emas. 

Cara Dapatkan Diskaun RM8 Daripada Grab

Untuk melayakkan anda atau ibubapa anda mendapatkan diskaun RM8 ini, anda perlu sahkan butiran peribadi sebelum 7 Jun 2021 bagi empat (4) perjalanan untuk kedua-dua janji temu vaksinasi anda (Dos 1 = Pergi/Pulang dan Dos 2 = Pergi/Pulang). Selain itu, pemohon mestilah warga emas berumur 60 tahun dan keatas.

Selepas butiran disahkan selepas 5 hari, anda akan menerima KOD DISKAUN pada 12 Jun 2021 yang boleh digunakan untuk perjalanan anda ke pusat vaksinasi. 

Langkah 1 : Klik "Use GrabPay/ Guna GrabPay"

cara dapatkan diskaun rm8 untuk vaksin


Langkah 2 : Masukkan nama penuh anda seperti di MyKad

cara dapatkan diskaun rm8 untuk vaksin


Langkah 3 : Pilih MyKad untuk warganegara Malaysia, dan masukkan nombor MyKad

cara dapatkan diskaun rm8 untuk vaksin


Langkah 4 : Dompet GrabPay anda sudah pun diaktifkan

cara dapatkan diskaun rm8 untuk vaksin


Baca Juga

0/Post a Comment/Comments