Saksikan Telefilem Ismadi Belum Mati Di Astro Citra (Citra Exclusive)

Telefilem Ismadi Belum Mati Di Astro Citra (Citra Exclusive)

Slot Citra Exclusive kali membawakan telefilem Ismadi Belum Mati. Sebuah telefilem seram ringan yang akan disiarkan pada 24 April 2021 di Astro Citra. Cerita kali ini disiarkan selepas telefilem Ayat Dari Langit sebelum itu.

Ismadi Belum Mati merupakan arahan Mega Fauzi dengan menampilkan barisan pelakon seperti Yusuf Bahrin, Jaafar Onn, Shaza Bae, Jalil Hamid dan ramai lagi.

telefilem Ismadi Belum Mati Di Astro Citra (Citra Exclusive)

Sinopsis Telefilem Ismadi Belum Mati

Seorang pencuri telah melarikan kasut Ismadi (Yusuf Bahrin) dan kemudiannya lari sehingga dia telah mati dilanggar oleh kereta api. Akan tetapi orang kampung termasuk ayahnya juga sangkakan yang dilanggar tersebut ialah Ismadi. Disebabkan salah faham tersebut, mayat lelaki itu telah dikebumikan sebagai Ismadi.

Jadi orang kampung telah menganggap Ismadi telah mati. Tiba-tiba orang ramai terkejut apabila ternampak kelibat Ismadi di kampung. Jadi orang ramai sangkakan ianya adalah hantu Ismadi.

Tapi betul ke Ismadi dah mati? Adakah itu hantu Ismadi? Nak tahu, anda kena tonton telefilem Ismadi Belum Mati di Astro Citra.

Telefilem Ismadi Belum Mati Di Astro Citra (Citra Exclusive)

Pelakon

Antara pelakon yang terlibat di dalam telefilem Ismadi Belum Mati ini ialah Yusuf Bahrin, Shaza Bae, Imuda, Jalil Hamid, Jaafar Onn, D’boy Hamdan, Fudhail Anwar dan ramai lagi.

Produksi Dan Pengarah

Telefilem ini diarahkan oleh sutradara Megat Fauzi Isa bersama team produksi Kus Semangat Aktor Sdn. Bhd. dengan penerbit Megat Fauzi Isa

Waktu Tayangan

Telefilem Ismadi Belum Mati akan ditayangkan pada 24 April ini, jam 9.00 malam di Astro Citra HD saluran 108. Anda boleh tonton secara On Demand atau melalui aplikasi Astro Go yang buat dimuat-turun secara percuma.

Post a Comment

Previous Post Next Post