Saksikan Drama Kisah Cinta Rumi Di TV3 (Slot Lestary)

Drama Kisah Cinta Rumi Di TV3 (Slot Lestary) dan wetv malaysia

Drama Kisah Cinta Rumi merupakan sebuah drama siri televisyen Malaysia yang akan mula disiarkan pada 24 April 2021 di saluran TV3 melalui slot Lestary. Juga ditayangkan secara online di WeTV Malaysia.

Drama yang mengisahkan percintaan antara 2 status sosial berbeza ini merupakan karya Idora Abdul Rahman dengan barisan pelakon seperi Khai Bahar, Riena Diana, Alif Muhaimin dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Kisah Cinta Rumi

Drama Kisah Cinta Rumi mengisahkan Mika (Khai Bahar) yang diajar ayahnya, Mahmud (Khairil Anwar) untuk mencari sumber pendapatan dengan apa jua cara sekali pun walaupun ianya tidak halam sehingga Mika terjeba dengan kegiatan haram. Akan tetapi semua dibuat demi keluarganya.

Mika yang membesar di Chow Kit dan menghabiskan masa di jalanan serta berkawan dengan budak-budak nakal. Manakala, Runisa (Riena Diana) seorang gadis yang tersepit dengan pangkat dan status oleh ibu dan kakaknya.

Drama Kisah Cinta Rumi Di TV3 (Slot Lestary) dan wetv malaysia

Tiba-tiba, berlaku satu pertemuan antara Mika dan Runisa sehingga bibit-bibit cinta berputik antara mereka. Hubungan ini tidak direstui oleh ibu Runisa, Puan Haniza (Dynas Mokhtar) kerana berbeza darjat dan berusaha untuk memisahkan mereka berdua.

Apakah usaha ini berjaya memisahkan pasangan ini? Apakah yang terjadi seterusnya. Saksikan drama penuh di TV3.

Barisan Pelakon

Antara pelakon yang membintangi drama ini ialah Khai Bahar, Riena Diana, Alif Muhaimin, Khairil Anwar, Dynas Mokhtar, Noniswara, Hariz Hamda, Cahaya Nilam, Gen Darwish, Sharifah Rose dan ramai lagi.

Drama Kisah Cinta Rumi Di TV3 (Slot Lestary) dan wetv malaysia

Pengarah Dan Produksi

Kisah Cinta Rumi merupakan idea asal daripada Raja Azidah Raja Jaafar. Cerita ini diarahkan oleh pegnarah Idora Abdul Rahman dengan hasil penulisan skrip daripada Nieza Nahar dan Azmy Ariff. Syarikat produksi bagi drama ini adalah Creative Skill Soltion Sdn. Bhd.

Drama Kisah Cinta Rumi Di TV3 (Slot Lestary) dan wetv malaysia

Waktu Tayangan

Jadi jangan lupa untuk saksikan kesemua 13 episod drama Kisah Cinta Rumi mulai 24 April ini, setiap Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam melalui slot Lestary TV3.

Anda juga boleh saksikan secara online di www.wetv.vip atau menerusip aplikasi WeTV Malaysia yang boleh dimuat-turun melalui PlayStore atau AppStore. Rancangan ini akan dimainkan sejuru selepas habis tayangan di TV iaitu pada pukul 10 malam. 

Tonton Semua Episod Drama Kisah Cinta Rumi

Kisah Cinta Rumi EPISOD 1

Kisah Cinta Rumi EPISOD 2

Kisah Cinta Rumi EPISOD 3

Kisah Cinta Rumi EPISOD 4

Kisah Cinta Rumi EPISOD 5

Kisah Cinta Rumi EPISOD 6

Kisah Cinta Rumi EPISOD 7

Kisah Cinta Rumi EPISOD 8

Kisah Cinta Rumi EPISOD 9

Kisah Cinta Rumi EPISOD 10

Kisah Cinta Rumi EPISOD 11

Kisah Cinta Rumi EPISOD 12

Kisah Cinta Rumi EPISOD 13 (Akhir)


Post a Comment

Previous Post Next Post