Saksikan Telefilem Ayat Dari Langit Di Astro Citra (Citra Exclusive)

Telefilem Ayat Dari Langit Di Astro Citra (Citra Exclusive)

Sebuah lagi telefilem menarik, Ayat Dari Langit bagi mengisi slot Citra Exclusive di Astro Citra yang mula disiarkan pada 17 April 2021. Sebuah telefilem thriller berkaitan ajaran sesat.

Carilah Allah dijalan yang benar. Sesungguhnya mememlihara akidah itu adalah satu tanggungjawab yang besar. Hasil arahan Rashid Sibir ini pastinya memberika sebuah naskah yang hebat dan bermakna kepada penonton disamping pelakon hebat seperti Admin Aman Ramlie, Ellie Suraity digandingkan bersama.


Pelakon

Antara pelakon yang membintangi telefilem ini Admin Aman Ramlie, Ellie Suraity Omar, Puteri Sarah, Liyana Megat, Kody Rasyeed, Dato Ahmad Tarmimi, Mathni Razak, dan ramai lagi

Telefilem Ayat Dari Langit Di Astro Citra (Citra Exclusive)

Produksi

Telefilem Ayat Dari Langit merupakan karya Rashid Sibir sebagai pengarah dan penulis skrip bersama-sama dengan syarikat produksi Opera Klasih Sdn. Bhd dan diterbitkan oleh Nurul Huda Azizi.


Sinopsis Telefilem Ayat Dari Langit

Telefilem Ayat Dari Langit mengisahkan sebuah ajaran baru yang dibawa oleh Sheikh Ahmad Muiz (Adlin Aman Ramlie) bersama isterinya Ustazah Zaharah (Ellie Suriaty Omar) yang juga merupakan ajaran sesat yang dikatakan datang dari langit.

Demi membuktikan kesetiaan, kepercayaan dan ketaksuban terhadap ajaran yang dibawah, para pengikut tegar sanggup minum air susu rendaman kaki guru mereka. Namun lama kelamaan mula membuatkan pengikutnya bernama Kamal (Kody Rasyeed) mula merasa sangsi.

Telefilem Ayat Dari Langit Di Astro Citra (Citra Exclusive)

Telefilem Ayat Dari Langit Di Astro Citra (Citra Exclusive)

Apakah kesudahan cerita ini? Pasti banyak pengajaran yang boleh diambil daripada telefilem ini. Saksikan di Astro Citra.

Waktu Tayangan

Telefilem Ayat Dari Langit akan bersiaran pada 17 April ini, hari Sabtu, jam 9 malam melalui slot Citra Exclusive di Astro Citra HD saluran 108. Anda juga boleh strim secara On Demand atau tonton melalui aplikasi Astro Go secara percuma.

Post a Comment

Previous Post Next Post