Senarai Bekas Kuih Raya Cantik Sesuai Untuk Hari Lebaran

Senarai Bekas Kuih Raya Cantik Sesuai Untuk Hari Lebaran

Hari Raya tidak sempurna tanpa hidangan kuih raya. Jadi bila ada kuih raya mesti ada tempat nak isi atau bekas kuih raya tersebut. Jangan risau, ini senarai 10 bekas kuih raya yang style dan cantik sesuai untuk Hari Lebaran anda.

Kuih raya sangat sinonim dengan Malaysia. Kadang tanpa Kuih Raya, ianya seperti tidak bermakna bila di pagi hari raya tersebut. Sekurang-kurangnya mesti ada juada kuih yang disediakan di atas meja walau hanya beberapa jenis.

Kadang masa raya sahaja kita akan jumpa kuih-kuih tersebut. Antara kuih raya terkenal yang biasa kita lihat seperti almond london, biskut badam, tart nenas, semperit susu, biskut arab, cornflakes madu dan banyak lagi.

Oleh itu, kuih-kuih ini semua mesti dihidangkan di dalam bekas atau balang yang cantik, barulah tetamu yang datang beraya tertarikh dan nak makan kuih raya anda tersebut. Kalau tak beli lagi, jangan risau, boleh tengok sini senarai bekas kuih raya cantik untuk tahun 2021 yang anda boleh dapatkan.

10 Bekas Kuih Raya Cantik Yang Anda Boleh Dapatkan

Terdapat pelbagai jenis bekas kuih raya, ada yang berwarna-warni, bekas anti pecah, bekas kaca dan banyak lagi. Jika berminat, boleh terus beli di Shopee dengan klik pada link pembelian yang disediakan.

#1. Bekas Kuih Raya Bunga Moden

Bekas Kuih Raya Bunga Moden

Sebuah bekas kuih raya dengan bentuk bunga moden. Bekas ini mempunyai 2 tingkat dengan mempunyai 10 bekas kesemuanya beserta kapasiti keseluruhan adalah 2 L. Manakala saiznya tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil apabila dibuka keseluruhanya (44cm x 11cm). 

Bekas kuih raya ini diperbuat daripada bahan ABS plastik yang tidak mudah pecah apabila jatuh. Jadi anda boleh nikmati sebuab bekas kuih raya yang cantik dan selamat untuk diletakkan biskut, candy atau kuih raya sekali pun.

▶️ Link Shopping [Shopee] [Lazada]

#2.  Bekas Kuih Raya Bunga 1 Tingkat

Bekas Kuih Raya Bunga 1 Tingkat

Jika anda mahukan bekas kuih raya bentuk bunga tetapi mahukan hanya 1 tingkat, anda boleh dapatkan bekas kuih ini. Ianya menyediakan 5 compartment dengan harga lebih murah iaitu kurang RM20.

Anda hanya perlu putar pada bahagian atas, dan kesemua compartment dalaman akan terkeluar. Warna pastel yang disediakan pun cukup cantik dan lembut sahaja.

▶️ Link Shopping [Shopee] [Lazada]

#3. Bekas Pusing Biskut Raya (Akiro)

Bekas Pusing Biskut Raya (Akiro)

Bekas kuih raya ini mempunyai 2 fungsi iaitu di dalamnya boleh diletakkan kuih raya bersama bekas yang diberi, manakala penutupnya boleh dijadikan tray atau dulang. Ianya juga mempunyai tangkai supaya mudah untuk dibawa dan diangkat ke mana-mana.

Bekas biskut raya berbentuk bulat dan mempunyai 5 bekas lain di dalamnya dengan aggaran saiz keseluruhan 27 x 27 x 8 cm. Beratnya pula kurang 1 kg iaitu 0.68 kg sahaja.

▶️ Link Shopping [Shopee] [Lazada]

#4.  Bekas Kuih Raya Bertingkat

Bekas Kuih Raya Bertingkat

Bekas 2 tingkat ini mempunyai 6 bahagian kesemuanya iaitu 3 atas dan 3 bawah. Disebabkan ianya kurang daripada senarai 1 tadi, ruangnya lebih luas dan banyak biskut atau kuih raya yang boleh diisi dalam sesebuah bekas.

Dengan bentuk bulat, tingkat atasnya boleh dipusing dan dibuka bagi melihat makanan pada bahagian bawah. Gabungan warna hijau dan pastel beserta patung rusa pada bahagian bekas tersebut membuatkan bekas ini nampak premium.

▶️ Link Shopping [Shopee] [Lazada]

#5. Balang Kuih Raya Kaca Tebal

Balang Kuih Raya Kaca Tebal

Jika tidak berminat dengan bekas plastik, anda boleh dapatkan balang kaca tebal untuk kuih raya anda. Bekas ini diperbuat daripada kaca tebal yang tahan lasak dan lutsinar serta berpenutup buluh. Jadi ianya kedap udara dan kualiti dijamin sempurna. 

Penutupnya pula dilekatkan sekali pada bekas, jadi tidak perlu khuatir jika penutupnya jatuh atau hilang selepas penutup dibuka.

▶️ Link Shopping [Shopee] [Lazada]

#6.  Bekas Kuih Raya Elianware

Bekas Kuih Raya Elianware

Jenama Elianware tidak asing lagi dengan bekas kuih. Jadi anda boleh dapatkan bekas kuih raya sebanyak 6 biji bekas kecil bersama dulang dengan harga kurang RM40.

Setiap bekas saiznya lebih adalah 750 ml dan disediakan 3 warna iaitu hijau, ungu dan merah jambu. Ianya dibuat daripada plastik dan pastinya tidak mudah pecah apabil jatuh.

▶️ Link Shopping [Shopee] [Lazada] - Petak

▶️ Link Shopping [Shopee] [Lazada] - Bulat

#7.  Bekas Kuih Raya Elianware Bertangkai

Bekas Kuih Raya Elianware Bertangkai

Ini sebuah lagi bekas kuih raya daripada jenama elianware tetapi ianya tidak disediakan sebekas-sebekas sebaliknya hanya 1 bekas sahaja. Akan tetapi di dalamnya terkandung 6 bahagian.

Selain beratnya yang ringan kerana diperbuat daripada plastik, ianya juga menyediakan tangkai untuk anda mudah membawanya. Terdapat 3 tawaran warna iaitu merah, unggu dan hijau.

▶️ Link Shopping [Shopee] [Lazada]

#8.  Bekas Kuih Raya Bentuk Lotus

Bekas Kuih Raya Bentuk Lotus

Bekas ini mengenakan material plastik sesuai untuk makanan. Terdapat 7 compartment atau bahagian dalam 1 bekas. Jadi boleh letak pelbagai jenis kuih raya dalam bekas lotus ini.

Bekas ini sesuai untuk diletakkan makanan kerana ianya anti-habuk kerana menganduni klip untuk tutup. Jadi habuk tak boleh masuk ke bekas ini. Selain itu, ianya lutsinar, boleh dilihat dari luar. Saiznya anggara 30.5 cm x 12 cm

▶️ Link Shopping [Shopee] [Lazada]

#9. Bekas Kuih Raya 4-Leaf Clover

Bekas Kuih Raya 4-Leaf Clover

Bekas kuih raya ini seakan 4-leaf clover apabila dibuka keempat-empat compartmentnya. Anda hanya perlu tekan dan ianya terbuka sendiri. Dengan 4 ruang yang disediakan, boleh anda letak kuih, biskut atau juada hari raya seperti kuah kacang, lodeh, laksa dan sebagainya.

Terdapat 2 pilihan warna iaitu pink dan juga biru pastel. Warna yang lembut dan sesuai diletakkan di meja hadapan

▶️ Link Shopping [Shopee] [Shopee] [Lazada]

#10. Bekas Kuih Raya Kedap Udara

Bekas Kuih Raya Kedap Udara

Bekas kuih raya ini menjanjikan dimana kuih raya anda tidak akan lemau kerana mempunyai getah sekeliling penutup bekas yang mampu berikan ketahanan kuih raya dalam tempoh yang lama.

Dalam 1 bekas mempunyai 5 compartment dengan 1 saiz yang berbeza pada bahagian tengah. Terdapat 3 pilihan warna iaitu biru, coklat dan merah.

▶️ Link Shopping [Shopee] [Lazada]

#Bonus -  Bekas Kuih Raya (Tupperware)

Bekas Kuih Raya (Tupperware)

Ini golongan mak-mak mesti suka kalau dapat bekas kuih raya jenama Tupperware kan. Jenama yang tidak asing lagi dengan bekas makanan beserta kualiti yang diberikan. Kedap udara dan paling menarik ada warranty seumur hidup tau.

Terdapat 3 pilihan warna iaitu pink, merah dan unggu beserta 2 saiz iaitu 900 ml dan 1.2 L. Anda boleh pilih mengikut kesesuai dan bajet anda. 

▶️ Link Shopping [Shopee] [Lazada]


Selamat Hari Raya...

Post a Comment

Previous Post Next Post