Terbaru! Kebenaran Rentas Negeri Hanya Dibenarkan Atas 5 Tujuan Sahaja

Terbaru! Kebenaran Rentas Negeri Hanya Dibenarkan Atas 5 Tujuan Sahaja

Timbalan Ketua Polis Negara telah mengeluarkan kenyataan dimana kebenaran rentas negeri hanya dibenarkan atas 5 tujuan sahaja. 

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mengambil serius peningkatan kes-kes baharu COVID-19 sejak beberapa hari yang lalu sepertinya menunjukkan peningkatan dengan angka yang lebih tinggi.

Oleh itu, bagi mengelakkan lebih tinggi kes penularan kepada orang ramai, pihak polis telah mengelurkan SOP yang baharu khusus bagi pergerakan rentas negeri.

Hanya 5 Tujuan Sahaja Dibenarkan Untuk Rentas Negeri

Jadi antara 5 tujuan atau SOP yang disenaraikan oleh pihak PDRM adalah:

  • Tujuan pekerjaan
  • Kecemasan dan Kematian (hanya melibatkan ahli keluarga terdekat iaitu ibu bapa, anak dan adik beradik)
  • Tujuan perubatan
  • Pendidikan
  • Pasangan jarak jauh

Sekiranya permohonan pergerakan diluluskan, ianya hanya dibenarkan pada hari Isnin hingga Khamis sahaja, manakala pergerakan pada hujung minggu iaitu hari jumaat hingga Ahad tidak akan diluluskan.

Walaubagaimanapun ianya terkecuali bagi urusan-urusan melibatkan kecemasan, kematian dan pasangan jarak jauh.

Tujuan Sosial Tidak Dibenarkan

Selain itu, pihak PDRM juga mengingatkan pergerakan rentas negeri bagi tujuan sosial seperti menghadiri kenduri perkahwinan atau apa-apa jenis majlis atau jamuan adalah dilarang.

Kesemua aturan ini akan berterusan sehingga selepas Hari Hari Aidifitri. Jika ada pihak yang ingkar, akan diambil tindakan tegas.

Kebenaran Rentas Negeri Hanya Dibenarkan Atas 5 Tujuan Sahaja

Kebenaran Rentas Negeri Hanya Dibenarkan Atas 5 Tujuan Sahaja


sumber : PDRM

Post a Comment

Previous Post Next Post