Tahniah HEART! Dinobatkan Sebagai Juara Muzikal Lawak Superstar 2

Tahniah HEART! Dinobatkan Sebagai Juara Muzikal Lawak Superstar 2

Akhirnya selepas 10 minggu berlangsung, HEART telah dinobatkan sebagai juara bagi program Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2) selepas mengalahkan 13 peserta lain dan 3 peserta pada peringkat akhir yang telah berlangsung sebentar tadi.

Pada minggu akhir ini, terdapat 4 peserta bertanding bagi mengejar gelaran juara yang membawa pulang wang tunai RM150,000 beserta trofi. Selain daripada HEART, peserta yang berjaya ke pusingan akhir iaitu JINGGO, UNI dan VIRAL. Pada malam tersebut, para peserta perlu membuat 2 persembahan iaitu pertama merupakan lokasi negara-negara Asia dan persembahan kedua adalah bebas.

Tahniah HEART! Dinobatkan Sebagai Juara Muzikal Lawak Superstar 2

Muzikal Lawak Superstar 2 tahun ini telah dihoskan oleh 2 pengacara iaitu Nabil Ahmad bersama Elly Mazlein (Kak Lina Pom Pom). Manakala 3 juri tetap bagi mengadili setiap peserta yang juga mewakili 50% daripada markah penuh. 50% lagi datang daripada undian penonton yang boleh dibuat di portal Astro Gempak.

Tahniah HEART! Dinobatkan Sebagai Juara Muzikal Lawak Superstar 2

MLS2 telah bersiaran untuk 10 minggu dan pernah berhenti seketika berikuta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) sebelum ini. Ianya telah disiarkan pada setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam di Astro Warna dan Warna HD.

BACA : Saksikan Program Muzikal Lawak Superstar 2 Tahun 2020 Di Astro Warna

Senarai Penuh Pemenang Bagi Program Muzikal Lawak Superstar 2

Juara Muzikal Lawak Superstar 2 membawa pulang wang tunai RM150,000 diikuti dengan naib juara dengan hadiah wang tunai sebanyak RM75,000 dan tempat ke-3 hadiah wang tunai RM50,000 beserta trofi untuk semua peserta.


Berikut merupakan senarai pemenang bagi Muzikal Lawak Superstar 2

Juara - HEART

Naib Juara - UNI

Tempat Ke-3 - VIRAL

Tempat Ke-4 - JINGGO

Sepanjang Ramadan ini, jangan lupa saksikan Gema Lawak Superstar akan menemui penonton bersama barisan peserta dan juri yang baru.

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments