Kadar Zakat Fitrah Bagi Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Untuk Tahun 2021 / 1442H

Kadar Zakat Fitrah Bagi Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Untuk Tahun 2021 / 1442H

Bulan Ramadan, umat Islam diwajibkan untuk membayar atau mengeluarkan Zakat Fitrah. Setiap negeri akan menetapkan kadar Zakat Fitrah yang perlu dibayar oleh umat Islam sekiranya cukup syarat wajib zakat fitrah.

Hukum zakat fitrah adalah wajib sekiranya cukup syarat iaitu :

  • Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungjawab pada malam dan pagi hari raya
  • Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadan dan hidup selepas terbenam matahari
  • Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadan dan berkekalan Islamnya
  • Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadan

Menurut Mazhab Syafie, sunat dikeluarkan Zakat Fitrah sebelum solat hari raya dan makruh mentakhirkan sehingga selesai solat.

Kadar Zakat Fitrah Bagi Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 2021

Oleh itu, sebelum masuk Ramadan, pihak berkuasa iaitu Majlis Agama Islam Negeri telah mengeluarkan kadar zakat bagi umat Islam bagi setiap negeri-negeri. Bayaran boleh dibuat melalui Amil bertauliah yang dilantik atau platform dalam talian (online) yang disediakan oleh setiap negeri.

  • Johor - RM7 / RM10
  • Kedah - RM7 / RM14 / RM21
  • Kelantan - RM7/ RM14 / RM21
  • Melaka - RM 7 / RM14
  • Negeri Sembilan - RM7
  • Pahang - RM7
  • Perak - RM7 / RM14 / RM21
  • Perlis - RM7
  • Pulau Pinang - RM7 / RM12 / RM16
  • Sabah - RM7
  • Sarawak - RM7
  • Selangor - RM7 / RM14 / RM21
  • Terengganu - RM7
  • Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya) - RM5 / RM7 / RM14

Semoga bermanfaat...

Post a Comment

Previous Post Next Post