Saksikan Program Terbaru Astro Gema Lawak Superstar! Ini Senarai Penuh Peserta

Saksikan Program Terbaru Astro Gema Lawak Superstar!

Selepas program MLS2 tamat sebelum ini, sempena Ramadan kini dibawakan pula program realiti terbaru Astro, Gema Lawak Superstar yang mula untuk minggu pertama pada 16 April 2021 di saluran Astro Warna.

Jika Muzikal Lawak Superstar (MLS) menggabungkan antara pelawak dan selebriti, akan tetapi bagi program Gema Lawak Superstar (GLS) sedikit berbeza. Kali ini mereka masih mengekalkan 3 peserta dalam 1 kumpulan tetapi disertai oleh pelawan dan personaliti agamawan.

Berbeza dengan MLS, Gema Lawak Superstar membawakan 6 kumpulan yang bakal berentap dalam persembahan sketsa lawa bermoral yang penuh pengajaran untuk mencari juara mingguan dan juga demi rumah kebajikan. 

Gema Lawak Superstar, Bukan Sekadar Lawak

Gema Lawak Superstar dihoskan oleh Kamal Adli dan PU Azman bersama-sama 2 juri tetap yang akan memberi markah kepada mereka setiap minggu iaitu Dato' Kazim Elias dan Datin Lisa Surihani bersama seorang juri jemputan. Tiada penyingkiran, tetapi setiap minggu akan dipilih 1 kumpulan sebagai juara dengan membawa pulang RM10,000 dan tambahan RM5,000 untuk disumbang kepada badan kebajikan terpilih

Program Gema Lawak Superstar juga akan mula bersiaran pada 16 April 2021, setiap Jumaat sepanjang Ramadan ini jam 9.00 malam di Astro Warna. Istimewa untuk episod pertama, anda boleh saksikan serentak di Astro Warna HD saluran 107 dan Astro Prima HD saluran 105.

Anda juga boleh saksikan secara On Demand atau menerusi aplikasi Astro Go yang boleh dimuat turun daripada Play Store atau App Store secara percuma.

Barisan Peserta Gema Lawak Superstar 2021

Sebanyak 6 kumpulan yang menggabungkan 3 peserta dalam 1 kumpulan yang disertai oleh pelawak dan personaliti agamawan, pendakwah atau motivator.

insaf

3A (Acheh, Amin Idrik Ali Puteh)


insaf

INSAF (Mamak Puteh, PU Rahmat, Syuk)


moji

MOJI (Chiwan, Sharif Zero, Heliza Helmi)


qholbu

QHOLBU (Daniel, Azmi Saat, Syamsul Ghau Ghau)


rembat

REMBAT (Azlee, Wan Gegau, PU Amin)


UNI

U.N.I (Fadh Bocey, Atu Zero, Fakhrul UNIC)


Juara Mingguan Gema Lawak Supertar

Minggu 1 - UNI

Minggu 2 - 3A

Minggu 3

Minggu 4


Post a Comment

Previous Post Next Post