Resepi Kuih Popular Bazar Ramadan. Takperlu Beli, Buat Sendiri Di Rumah!

Resepi Kuih Popular Bazar Ramadan

Antara kuih popular yang ada di Bazar Ramadan yang biasa kita lihat seperti Tepung Pelita, Badak Berendam, Sagu Gula Melaka dan banyak lagi. Kali ni, daripada kita beli, jom kita masak sendiri dengan resepi-resepi yang dikongsikan ini iaitu antara kuih popular Bazar Ramadan.

Kalau dah masuk bulan puasa ni, pasti meriah dengan bazar-bazar Ramadan. Orang ramai turun dan pergi lokasi terhampir untuk mencari juadah berbuka puasa. 

Untuk kali ini, kami kongsikan beberapa resepi kuih popular Bazar Ramadan. Jadi anda tidak perlu lagi beli disana, anda boleh buat sendiri di rumah atau masak sahaja di rumah.

Resepi Kuih Popular Bazar Ramadan

Terdapat beberapa resepi yang anda boleh cuba, antaranya ialah :

1.  Roti John Sardin

roti john sardin

Bahan-Bahan

  • 1 bungkus roti sosej
  • 1 tin kecil sardin
  • 4 biji telur saiz besar
  • 1 biji cili merah (potong daun)
  • 1 biji bawang besar (potong dadu)
  • 1 sudu teh rempah kari ikan (abaikan jika tiada)
  • Garam secukup rasa
  • Hirisan timun dan tomato secukupnya
  • Sos cili
  • Mayones

Cara-Cara

1.  Satukan sardin, telur, culi merah, bawang besar, rempah kari dan sedikit garam. Gaul hingga sebati dan hancur.

2.  Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tuang campuran telur tadi dengan secukupnya.

3.  Bila telur hampir masak, letak roti yang dibelah dua. Terbalikkan dan masak seketika. Angkat

4.  Susun hirisan timur dan tomato. Kemudian letak sos cili dan mayone dengan secukupnya. Sedia untuk dinikmati

2.  Kuih Tepung Pelita

Kuih Tepung Pelita

Bahan Bahagian Bawah

  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula
  • 1/2 cawan air pandan
  • 4 cawan air
  • Pewarna hijau secukupnya

Bahan Bahagian Atas

  • 1 cawan tepung beras
  • 2 cawan santan dari 1 biji kelapa
  • 3 cawan air
  • 1 sudu makan gula
  • 1 likat daun pandan
  • Secubit garam

Cara-Cara

1.  Untuk lapisan bawah, satukan semua bahan dan kacau sebati. Masak dan kacau tanpa henti lebih kurang 15 minit. 

2.  Bila adunan mula pekat, kecilkan api. Terus kacau hingga adunan jadi pekat, berkilat dan meletup-letup. Tuang dalam acuan semasa adunan masih panas

3.  Untuk lapisan atas, campurkan semua bahan dan sebatikan. Kemudian masak atas api hingga pekat.

4.  Kemudian tuang dalam acuan berisi adunan bawah tadi

5.  Sejukkan kuih dan enak nikmati sejuk.

3.  Kuih Sagu Gula Melaka

Kuih Sagu Gula Melaka

Bahan-Bahan

  • 2-3 cawan sagu
  • 2 liter air
  • Sisu cair atau santan (masak seketika atas api)

Bahan Air Gula

  • 2 ketul gula melaka
  • 2-3 cawan air
  • 1-2 helai daun pandan (simpul)

Cara-Cara

1.  Masukkan gula melaka, air dan daun pandan ke dalam periuk. Masak hingga gula larut dan likat. Padamkan api dan ketepikan.

2.  Dalam periuk lain, didihkan air dan masukkan biji sagu. Kacau sentiasa supaya bahagian bawah tidak hangus. Jika tidak cukup air, boleh tambah.

3.  Bila sagu masak sepenuhnya, tapis dan buang lebihan air.

4.  Masukkan sagu yang ditapis tadi ke dalam air gula. Kacau supaya sagu dan air gula sebati.

5.  Tuang sagu ke dalam bekas bersesuaian. Sejukkan seketika dan masukkan ke dalam peti sejuk

6.  Untuk menikmatinya, ceduk sagu dan tuang susu cair atau santas yang telah dimasak

4.  Kuih Badak Berendam

Kuih Badak Berendam

Bahan Doh

  • 3 cawan tepung pulut
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • 2 cawan air jus pandan (kisar air bersama 5 helai daun pandan. Tapis)
  • Sedikit pewarna hijau (pilihan)
  • Ini kelapa secukupnya

Cara-Cara

1.  Masukkan tepung ke dalam bekas. Tuang jus pandan sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh

2.  Cubit doh, bulat-bulatkan kemudian leperkan. Isi inti kelapa dengan secukupnya. Bulatkan kembali

3.  Didihkan air dan masa doh tadi. Bila dah terapong, angkat dan lalukan di bawah air. Toskan.

4.  Tuang dadih dalam bekas yang bersesuai. Masukkan doh yang direbus tadi.

5.  Sedia untuk dihidangkan

Bahan Inti Kelapa

  • 1 biji kelapa parut
  • 1/2 cawan gula merah
  • 1 ketul gula melaka
  • 1 1/2 cawan air
  • 1-2 ulas durian / buang biji
  • 3 helai daun pandan
  • Secubit garam
  • 1 sudu makan tepung gandum

Cara-Cara

1.  Masak gula merah, gula melaka dan air hingga larut. Tapiskan.

2.  Kemudian masak air gula tadi bersama kelapa parut putih, isi durian, sedikit garam dan daun pandan. Gaul serata

3.  Bila inti agak-agak nak kering, masukkan tepung gandum. Gaul sebati dan padamkan api

4.  Sejukkan inti sebelum diisi ke dalam doh

Bahan Dadih

  • 5 cawan santan sederhana pekat
  • 8 sudu makan tepung beras
  • 8 sudu makan tepung gandum
  • 2 helai daun pandan (simpul)
  • Sedikit gula
  • Sedikit garam

Cara-Cara

1.  Sebatikan bahan diatas dengan mengisar menggunakan blender.

2.  Tuang dalam kuali dan masak guna api sederhana hingga naik wap

3.  Dadih perlu rasa sedikit masin. Sewaktu dimasak, ia perlu sentiasa dikacau supaya tidak berketul

4.  Bila adunan sedikit likat (jangan sampai pekat), padamkan api dan tuang ke dalam bekas bersesuaian. 

5.  Isi doh yang telah direbus tadi. Sedia untuk dinikmati!

5.  Puteri Mandi

Puteri Mandi

Bahan Doh

  • 250 g tepung beras pulut
  • 220 ml air
  • Sedikit air kapur
  • Sediki garam
  • Pewarna hijau

Bahan A

  • 1/2 biji kelapa parut
  • 3 helai daun pandan
  • 2 keping gula pasir

Cara-Cara

1.  Satukan bahan doh dan uli hingga sebati. Tambahkan air jika perlu. Kemudian bentukannya menjadi bulat dan tekan sedikit supaya menjadi leper.

2.  Didihkan air, masukkan adunan bulat leper. Apabila masak, ia akan terapung. Angkat dan tuskan. Ketepikan.

3.  Campurkan bahan A dalam kuali dan kacau sehingga mendidih di atas api yang sederhana sehingga menjadi agak kering. Matikan api.

4.  Masukkan kuih yang telah dituskan tadi dan gaul hingga sebati.

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments