Tonton Telefilem My Future Husband Di Astro Citra

Tonton Telefilem My Future Husband Di Astro Citra

Kali ini melalui slot Citra Eksklusif menampilkan telefilem My Future Husband yang akan bersiaran pada 20 Mac 2021 di Astro Citra. Jika minggu lepas, kita disajikan dengan telefilem seram Matilah Nak Kembali, manakala kali ini pula dengan cerita romantik pula.

Yang mana merindui lakonan Mira Filzah sejak berkahwin, ini adalah telefilem pertama beliau selepas berumah tangga. Telefilem My Future Husband diarahkan oleh Jaiho Nadxaman dengan barisan pelakon seperti Mira Filzah, Sean Lee, Malek Maccrones ebagai watak utama dalam cerita ini.

Barisan Pelakon

Antara pelakon yang mewarnai telefilem ini ialah Mira Filzah, Sean Lee, Malek McCrone, Amy Mastura Rozita Che Wan, Nelissa Nizam dan ramai lagi.

Tonton Telefilem My Future Husband Di Astro Citra

Produksi

Telefilem ini mendapat sentuhan daripada pengarah Jaiho Nadxman yang merupakan terbitan daripada Zeel Production Sdn. Bhd.

Sinopsis Telefilem My Future Husband

Telefilem My Future Husband ini mengisahkan tentang Emily (lakonan Mira Filzah) yang sudah bercinta dengan Noh (Malek Maccrone) selama 7 tahun tetapi ianya tidak pernah direstui oleh ibunya (Amy Mastura).

Tiba-tiba selepas lama berkahwin, muncul seorang lelaki bernama Atta (Sean Lee) yang mengakui dia adalah suami Emily dari masa hadapan. Agaknya apa yang terjadi selepas itu? Saksikan nanti cerita penuh di Astro Citra.

Tonton Telefilem My Future Husband Di Astro Citra

Tonton Telefilem My Future Husband Di Astro Citra

Waktu Siaran

Telefilem My Future Husband akan disiarkan pada 20 Mac ini, Sabtu jam 9 malam menerusi slot Citra Exclusive di Astro Citra (108) dan Citra HD (128). Anda juga boleh strim secara On Demand atau tonton melalui Astro Go.


Sumber : notaria.my

Post a Comment

Previous Post Next Post