Antara Android Box Paling Popular Di Malaysia. Apa Beza Mi Box S Dan Mi Stick?

Antara Android Box Paling Popular Di Malaysia. Apa Beza Mi Box S Dan Mi Stick?

Sekarang sepertinya perminataan Android Box di Malaysia sangat tinggi. Ini kerana, ianya mampu menjadikan tv biasa anda menjadi sebuah Smart TV. Antara jenama permintaan tinggi adalah daripada Xiaomi iaitu Mi Box S dan juga Mi Stick.

Secara asasnya, kedua-dua gadget ini mampu menukarkan tv anda menjadi smart tv tetapi masih ada perbezaan pada keduanya. Selain faktor harga, terdapat beberapa lagi spesifikasi yang membezakan antara keduanya. Jadi mana satu yang anda rasa sesuai untuk anda? Adakah Mi Box S atau Mi Stick? Untuk harga akan disenaraikan pada akhir artikel ini dan juga link pembelian

Perbezaan Mi Box S dan Mi Stick

Untuk perbandingan, anda boleh lihat dari segi spesifikasi bagi kedua-duanya dalam jadual dibawah.

Spesifikasi Mi Box S Mi Stick
I/O Port 1 USB 2.0 dan 3.5 audio jack Tiada port
Support Sehingga 4K HDR10, Dolby Digital Plus, DTS-X Hanya full HD 1080P dan Dolby Digital Audio
Storage 8 GB 8G GB
RAM 2 GB DDR3 1 GB DDR3
CPU CPU Amlogic S905X-H (Dolby certified) CPU Amlogic S805Y
Antutu 6 Bencmark 32854 30542

Jika dilihat daripada perbandingan spesifikasi, Mi Box S lebih berbaloi untuk anda dapatkan dengan kelebihan yang ada seperti mempunyai port USB, support 4K display, dan RAM lebih besar yang pastinya lebih laju.

Akan tetapi, jika TV anda tidak menyokong 4K display apa guna anda dapatkan Mi Box S kan. Lebih baik anda dapatkan Mi Stick yang pastinya lebih murah. Betul ke macam tu? Jadi jom kita tengok, peranti mana yang lebih berbaloi untuk anda dapatkan.

Mi Box S atau Mi Stick?

▶️ Mi Stick

Mi Stick

Anda boleh dapatkan jika:

  • Anda hanya mempunyai TV yang menyokong Full HD sahaja
  • Kelajuan internet anda hanya setakat untuk FHD streaming iaitu sekitar 4-6 Mbps
  • Baru mengenali Android Box Certified Google atau Netflix
  • Mahukan peranti yang diiktiraf yang mampu milik dan boleh menjalankan Chromecast
  • Boleh terima langgig sikit kerana ianya hanya 1GB RAM
  • Mahukan peranti yang portable dan mudah dibawa ke mana-mana. Kerana hanya menggunakan caj USB
  • Anda hanya mempunyai USB power pada TV.
  • Nak layan local apps seperti UnifiTV, VIU, iFlix, iQIYI, WeTV dan sebagainya.
  • Nak layan Youtube, Netflix, Prime Video dan sebagainya

Anda tidak perlu dapatkan jika:

  • Anda seorang cerewt yang mahukan peranti lebih laju seperti Nvidia Shield yang jauh lebih mahal
  • Anda mahu bermain game dengan Mi Stick anda. Kerana hanya ada 1 GB RAM. Sangat tak sesuai
  • Anda nak gunakan lebih lama. Kerana ianya lebih cepat panas berbanding Mi Box S disebabkan rupa bentuk (stick) berbanding box pada Mi Box S

▶️ Mi Box S

Mi Box S

Anda boleh dapatkan jika:

  • Anda mempunyai TV yang menyokong sehingga 4K display
  • Kelajuan internet anda cukup untuk stream Netflix FHD dan 4K (15-25 Mbps)
  • Baru mengenali Android Box Certified Google atau Netflix
  • Mahukan peranti yang diiktiraf yang mampu milik dan boleh menjalankan Chromecast
  • Anda mahu menggunakan LAN cable selain Wifi, kerana ada dijual USB to LAN converter untuk Mi Box S. [ Lihat Sini ]
  • Mahukan memory yang lebih besar dengan sambungkan external hard disk pada port USB
  • Mahukan sambungan external mouse untuk lebih mudah nagivate menu
  • Mi Box S lebih tahan lama, kerana ianya kurang panas berbanding Mi Stick
  • Boleh bermain light game dengan lancar
  • Nak layan local apps seperti UnifiTV, VIU, iFlix, iQIYI, WeTV dan sebagainya
  • Nak layan Youtube, Netflix, Prime Video dan sebagainya

Anda tidak perlu dapatkan jika:

  • Rasakan harga ianya lebih mahal daripada Mi Stick
  • Anda tidak mempunyai suis tambahan untuk hidupkan Mi Box S

Harga Bagi Kedua Peranti Ini

Jadi untuk harga bagi kedua-dua peranti ini ada sedikit perbezaan. Jadi anda boleh dapatkan berpandukan bajet dan keperluan.

Harga ini adalah harga semasa ketika artikel ini dikeluarkan. Mungkin ada perbezaan pada masa akan datang

Mi Box S Mi Stick
Harga RM299 RM127
Link Pembelian [ Shopee ]
[ Lazada ]
[ Shopee ]
[ Lazada ]

Jadi anda boleh boleh mula buat pilihan...

Post a Comment

Previous Post Next Post