Penonton Bola Sepak Boleh Kembali Ke Stadium Dengan Kapasiti Ditetapkan Serta SOP Yang Ketat

Penonton Bola Sepak Boleh Kembali Ke Stadium Dengan Kapasiti Ditetapkan Serta SOP Yang Ketat

Menteri Kanan Keselamatan, Dato Seri Ismail Sabri Yaakob melalui sidang media hari ini mengumumkan kebenaran kehadiran penonton ke venue atau stadium sukan bermula 1 April 2021. Kebenaran ini disambut oleh baik oleh pihak Malaysia Football League (MFL) atas kelulusan membenarkan penonton masuk ke stadium selepas ini. 

Kita sedia makluma terutamanya sukan bola sepak yang melibatkan Liga Super dan Liga Premier yang sudah setahun sunyi tanpa sorakan penyokong sebagaimana kali terakhir penonton dibenarkan ke stadium sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang juga terpaksa ditangguhkan pada 16 Mac 2020.

BACA : Jadual Rasmi Bagi Liga Super Dan Liga Premier Untuk Musim 2021

Menurut MFL, 2 perlawanan Liga Super keenam iaitu pertemuan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Melaka United FC pada 2 April 2021 dan Kuala Lumpur City FC bertemu Sabah FC pada 3 April 2021 bakal dijadikan projek perintis bagi perlawanan kemasukan penonton pada Liga Malaysia musim ini.

Mereka perlu patuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak MKN dan KKM iaitu segala penjuala tiket masuk adalah secara dalam talian (online), penjarakan fizikal sejauh 1.5 hingga 2 meter dan pantauan sepanjang masa tempoh perlawanan. Keadaan keluar masuk penonton juga perlu dipantau dalam tempoh simulasi pertam ini.

Kebenaran Kehadiran Penonton Di Venue Dan Stadium Sukan

Selain itu, kebenaran kehadiran penonton ke venue atau stadium suka bergantung kepada lapisan peringkat PKP.

Bagi negeri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kebenaran kehadiran penonton adalah sebanyak 25% atau 8000 penonton daripada kapasiti tempat duduk penonton atau tertakluk kepada kebenaran penganjur dibenarkan.

Manakala negeri-negeri dibawah tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), hanya 10% penonton sahaja dibenarkan masuk atau 2000 penonton sahaja. Kedua-dua syarat kapasiti ini tertakluk kepada mana yang lebih rendah.

sop sukan 2021

Untuk SOP lebih terperinci, pihak Kementerian Belia & Sukan akan umumkan kemudian. Semoga dengan kembalinya penonton di venue atau stadium sukan selepas ini akan memberikan lebih semangat kepada para pemain khususnya bagi pasukan bola sepak.


sumber : MFL

Post a Comment

Previous Post Next Post