Tonton Drama Camelia Di TV3 (Slot Samarinda)

Tonton Drama Camelia Di TV3 (Slot Samarinda)

Drama siri Camelia akan memulaka tayangan di Slot Samarinda TV3 bermula 16 Mac 2021. Sebenarnya drama ini merupakan drama ulang siar. Ini kerana, ianya pernah disiarkan pada tahun 2020 yang lepas. Drama ini disiarkan bagi menggantikan drama Aku Yang Kau Gelar Isteri.

Drama ini merupakan arahan Eoon Shuhaini lakonan Diana Danielle, Ain Edure dan Saharul Ridzwan. Selain tonton di TV3, anda juga boleh strim secara online di saluran Youtube TV3 Malaysia dan Youtube Drama Sangat.

Pelakon

Antara pelakon yang membarisi drama Camelia ini ialah Diana Danielle, Ain Edruce , Saharul Ridzwan, Hafidz Roshdi, Aidil Aziz, Ikhwan Khairuddin, Puteri Balqis, Lisdawati, Ainina Ahmad B, Zarina Zainuddin, Nik Ramli, Ku Faridah, Idham Maulana dan ramai lagi

Tonton Drama Camelia Di TV3 (Slot Samarinda)

Produksi

Eoon Shuhaini sebagai pengarah untuk drama ini dengan hasil penulisan skrip daripada Azlina Pa'wan. Syarikat penerbitan yang terlibat bagi drama ini adalah Saphire Screen Sdn. Bhd.

Sinopsis Drama Camelia

Drama Camelia mengisahkan tentang kehidupan sebuah keluarga yang porak peranda disebabkan perangai anak-anak yang suka meroyan. Pada tahun 1999, 3 adik-beradik, Malik (Saharul Ridzwan), Mariam (Diana Danielle) dan Marina (Ain Edruce) tinggal bersama ibubapa mereka, Halim (Nik Ramli) dan Zainab (Ainina Ahmad B), dan nenek sebelah mak mereka, Tok Su (Ku Faridah). 

Mereka bukan keluarga kaya, mengerjakan sawah yang dipajak. Mariam tertekan semenjak kecil kerana selalu dipandang rendah oleh neneknya, Tok Su. Tok Su sering lebihkan adiknya, Marina yang dikatakan amat cantik berbanding dirinya.

Tonton Drama Camelia Di TV3 (Slot Samarinda)

Walaupun emak, ayah dan abang angkatnya, Malik berada dipihaknya Mariam tetap tertekan. Kejahatan Marina juga membuatkan Mariam trauma. Tekanan dan trauma yang berterusan kemudiannya telah menyebabkan Mariam memiliki identiti berbahagi.

Identiti dimana dia mahu kelihatan lebih cantik daripada Marina. Identiti yang bernama 'Camelia'. Camelia mula menguasai diri Mariam dalam usaha membalas dendam di atas setiap perbuatan jahat Marina.

Malik yang akhirnya menjadi suami Mariam harus berusaha untuk mengembalikan Mariam sebelum Camelia mengambil alih sepenuhnya badan Mariam. Malik berharap kekuatan cinta mereka berdua yang dipupuk sedari kecil dapat mengalahkan 'Camelia'.

Tonton Drama Camelia Di TV3 (Slot Samarinda)

Waktu Tayangan

Jangan lupa untuk saksikan 15 episod drama Camelia setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di TV3 bermula 16 Mac 2021. Anda juga boleh tonton secara HD di Tonton atau strim secara online di Youtube TV3 Malaysia

Tonton Semua Episod Drama Camelia

Drama Camelia Episod 1

Drama Camelia Episod 2

Drama Camelia Episod 3

Drama Camelia Episod 4

Drama Camelia Episod 5

Drama Camelia Episod 6

Drama Camelia Episod 7

Drama Camelia Episod 8

Drama Camelia Episod 9

Drama Camelia Episod 10

Drama Camelia Episod 11

Drama Camelia Episod 12

Drama Camelia Episod 13

Drama Camelia Episod 14

Drama Camelia Episod 15 (Akhir)


Post a Comment

Previous Post Next Post