Jadual Rasmi Bagi Liga Super Dan Liga Premier Untuk Musim 2021

Jadual Rasmi Bagi Liga Super Dan Liga Premier Untuk Musim 2021

Hari ini, Malaysian Football League (MFL) telah mengumumkan jadual rasmi bagi 2 liga utama di Malaysia iaitu Liga Super dan Liga Premier untuk musim 2021. Perlawanan pembuka tirai kali ini bakal menemukan Juara Liga Super 2020, JDT dan Kedah Darul Aman FC dalam aksi Piala Sumbangsih pada 5 Mac 2021 di Stadium Sultan Ibrahim.

Untuk tahun 2021 ini pastinya amat sukar bagi sukan bola sepak. Ini kerana setiap venue perlawanan masih tidak dibenarkan kehadiran penonton di dalam stadium. Ini bagi mengikut SOP yang ditetapkan oleh MKN bagi mengekang penularan jangkitan COVID-19. Selain itu juga, MFL juga mengumumkan musim kali ini, masih tiada kejohonan Piala FA seperti mana musim lalu yang juga disebabkan pandemik berlaku di negara kita.

Senarai Jadual Rasmi Bagi Liga Super Dan Liga Premier Musim 2021

Untuk musim 2021, terdapat 12 pasukan yang akan berentap bagi mengejar gelaran juara Liga Super 2021 iaitu Johor Darul Takzim, Kedah Darul Aman FC, Penang FC, Kuala Lumpur United FC, UITM FC, Terengganu FC, Selangor FC, Sri Pahang FC, Melaka United FC, Sabah FC, Perak FC dan PJ City FC.

Manakala untuk Liga Premier pula terdapat 10 pasukan iaitu Kelantan FC, Perak FC II, Sarawak United FC, Kelantan United FC, Terengganu FC II, Skuad Projek FAM-MSN, PDRM FC, Selangor FC 2, Negeri Sembilan FC dan Johor Darul Ta'zim II

Dalam jadual yang dikeluarkan MFL ini disediakan tarikh, venue dan masa perlawanan bagi setiap pasukan yang bertanding.

Liga Super 2021

Anda juga boleh download jadual rasmi Liga Super 2021

jadual rasmi liga super 2021

jadual rasmi liga super 2021


Liga Premier 2021

Anda juga boleh download jadual rasmi Liga Premier 2021

jadual rasmi liga premier 2021

jadual rasmi liga premier 2021

Post a Comment

Previous Post Next Post