Kursus Asas Haji Kini Dibuat Secara Online Bermula 5 Februari 2021

Kursus Asas Haji Kini Dibuat Secara Online Bermula 5 Februari 2021

Tabung Haji baru-baru ini mengumumkan dimana segala urusan atau program Kursus Asas Haji akan diadakan secara online bermula 5 Februari hingga 21 Mac 2021. Dalam tempoh ini, tiada kursus yang dijalankan secara bersemuka.

Kursus Asas Haji (KAH) dilakukan secara online bagi mengikuti saranan SOP yang ditetapkan sepanjang PKP dimana tiada perjumpaan ramai tidak dibenarkan. Jadi walaupun tiada program bersemuka, tetapi kursus ini tetap perlu diteruskan iaitu melalui secara atas talian.


BACA : 

Dalam tempoh ini, akan diadakan sebanyak 14 siri dimana 2 siri akan diadakan dalam seminggu. Sepanjang tempoh ini juga, KAH akan berlangsung menggunakan platform Youtube Live.

Waktu Dan Tarikh Kursus Asas Haji Online

Hanya pendeposit yang giliran tunai haji pada 1441H/2020M sahaja dibenarkan untuk sertai Kursus Asas Haji Online ini dan tidak dibuka kepada orang ramai. Ini kerana, jika terlalu ramai dan akan menggangu keberkesanan pengajaran dan pembelajaran terutamanya ketika sesi soal jawab berlangsung.

Kursus Asas Haji Kini Dibuat Secara Online Bermula 5 Februari 2021

Oleh itu, jika anda tergolong dalam kumpulan ini, sila hubungi dengan Pejabat Tabung Haji (TH) berdekatan untuk dapatkan tarikh dan masa kursus bila kursus ini akan dijalankan. Oleh itu, anda boleh bersedia dengan modul/buku sebagai rujukan dengan download di portal TH (www.tabunghaji.gov.my) atau klik sini.

Boleh juga hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian : 03 - 6207 1919

Walaubagaimanapun, setakat ini tiada lagi kata putus akan dijalankan ibadah haji pada tahun ini. Untuk bayaran Haji bagi tahun 1442H/2021M juga masih belum diumumkan.

Jadi untuk maklumat lanjut berkaitan Kursus Asas Haji Secara Online ini, anda boleh pergi ke pautan www.tabunghaji.gov.my/ms/kursus-asas-haji

Post a Comment

Previous Post Next Post