Contoh Surat Rayuan Permohonan Menunaikan Haji


Ibadah Haji sangat istimewa kepada umat Islam kerana ianya satu-satunya ibadah yang kita hanya boleh lakukan di tempat yang ditetapkan sahaja iaitu di Mekah. Selain tempat khusus, ianya juga hanya dilakukan sekali dalam setahun dan tarikhnya juga telah disediakan.

Setiap umat Islam pastinya mengimpikan untuk melakukan ibadah Haji untuk sekali seumur hidup dan ianya juga terkandung di dalam rukun Islam iaitu Melakukan Haji bagi yang mampu. Kita di Malaysia sangat bertuah, ini kerana kos untuk melakukan ibadah Haji di Mekah biasanya sangat tinggi tetapi Kerajaan kita telah memberikan subsidi khusus kepada jemaah Haji di Malaysia.

Namun, bukanlah semua umat Islam di Malaysia dapat lakukan ibadah Haji setiap tahun kerana kuata yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan Arab Saudi telah ditetapkan bagi setiap negara dan di Malaysia ianya telah diberi kuasa kepada pengurusan Tabung Haji (TH)

Contoh Surat Rayuan Permohonan Menunaikan Haji

Walaupun duit simpanan di dalam Tabung Haji telah cukup pun, jika giliran anda belum sampai masa, anda tetapi tidak boleh pergi ke Tanah Suci melalui TH ini. Senang cerita, anda perlu beratur tunggu giliran untuk setiap orang yang ingin menunaikan Haji daripada Malaysia.

Tetapi, walaupun perkara ini sudah ditetapkan oleh pihak Tabung Haji, sebenarnya anda juga boleh membuat permohonan rayuan untuk melakukan Haji. Dan pasti ianya atas budi bicara Tabung Haji sendiri la. Mungkin ada rezeki, giliran anda untuk pergi ke Tanah Suci dimakbulkan dan dipercepatkan.

Rayuan Permohonan Melakukan Haji

Ya! anda perlu kemukakan surat rayuan permohonan melakukan Haji kepada pihak Tabung Haji. Jika rayuan diterima, barulah anda boleh pergi ke Tanah Suci tanpa beratur panjang seperti yang ditetapkan tarikh didalam surat pendaftaran Haji.

Untuk membuat rayuan permohonan ini, pastikan anda sudah memenuhi syarat wajib yang ditetapkan oleh pihak Tabung Haji untuk menunaikan Haji di Mekah. Antara syaratnya adalah :

Contoh Surat Rayuan Permohonan Menunaikan Haji

#1 - Sudah Berdaftar Melakukan Haji Bersama Tabung Haji

Jika ingin pergi bersama Tabung Haji, ini adalah perkara wajib. Anda perlu daftar terlebih dahulu di mana-mana cawangan Tabung Haji seluruh Malaysia dengan deposit sekurang-kurangnya RM1300 untuk melayakkan pendaftaran Haji tersebut. 

Dari situ jugalah, anda akan diberi tempoh beratur untuk melakukan Haji. Kalau anda daftar sekarang, mungkin giliran anda pada tahun 2100 nanti. Pergi ke mana-mana cawangan berhampiran.

#2 - Telah Mencapai Simpanan Minima Untuk Melakukan Haji

Simpanan minima ini berbeza mengikut tahun, setakat ini anda perlu menyimpan sebanyak RM9980
di dalam Tabung Haji bagi melayakkan anda untuk melakukan Haji. Untuk tahun-tahun yang akan datang, anda boleh semak Kos Haji dan Bayaran di website Tabung Haji disini.

Pastikan anda sudah memenuhi syarat ini sebelum anda membuat surat rayuan permohonan menunaikan Haji kepada pihak Tabung Haji.

#3 - Sudah Bersedia Untuk Melakukan Haji Pada Tahun Rayuan Tersebut

Perkara ini juga penting iaitu pastikan pada tahun rayuan anda tersebut, anda telah pun bersedia sepenuhnya bila tiba-tiba dipanggila untuk gilirang ke Tanah Suci. Mungkin dari segi masa, cuti bekerja, tanggungjawab yang akan ditinggalkan di bumi Malaysia seperti anak-anak dan sebagainya. Dah merayu, jika dipanggil, pastikan anda terus boleh terima tawaran tersebut.

#4 - Sediakan Alasan Dalam Surat Rayuan Dan Berdoa Serta Tawakkal Kepada Allah

Akhirnya jika perkara-perkara wajib diatas telah disiapkan, sediakan apakah alasan-alasan yang konkrit dan kuat kenapa anda ingin melakukan Ibadah Haji pada tahun tersebut. Pastikan alasan tersebut logik dan releven supaya ianya akan dipertimbangkan oleh pihak TH

Akhirnya jika sudah selesai, tunggu sahaja jawapan daripada Tabung Haji. Berdoa dan tawakkal kepada Allah supaya pada tahun tersebut, anda mendapatkan panggilan Haji. Tetapi jika tidak berjaya, anda boleh teruskan rayuan setiap tahun. Jangan risau.

Contoh Surat Rajuan Menunaikan Haji

Kesemua surat rayuan perlulah di hantar kepada pihak Tabung Haji selepas selesai Haji pada tahun sebelumnya kepada alamat emel : th-info@lth.gov.my 

Contoh #1

Bahagian Operasi Domestik
Lembaga Tabung Haji, Lantai 30
Bangunan Ibu Pejabat Tabung Haji
201, Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur
E-mel:  th-info@lth.gov.my 
 
 
Tuan,

RAYUAN MENUNAIKAN FARDHU HAJI TAHUN <2020M 1441H>

Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas. Untukmakluman Tuan, saya telah membuat pendaftaran haji pada:

Tarikh pendaftaran : <Tarikh pendaftaran>
Nombor akaun TH : <Nombor akaun>
Pejabat TH : <TH Shah Alam>
Tahun disenaraikan untuk menunaikan haji : <2030>

2. Untuk makluman Tuan, tahun ini saya berusia <30 tahun> Masihmuda dan dikurniakan kesihatan yang sangat baik. Saya juga sudahbersedia dari segi kewangan. Akaun Tabung Haji saya juga sudahmencukupi.

3. Anak-anak saya belum lagi bersekolah. Saya rasa inilah peluang danmasa terbaik untuk saya menunaikan haji. Isteri saya akan menjagaanak-anak sepanjang saya berada di sana.

4. Saya sangat-sangat berharap dan berbesar hati untuk menunaikanhaji pada tahun ini.

5. Segala kerjasama dan pertimbangan daripada pihak Tuan amatlahdihargai. Sekian, terima kasih.Yang Benar,

……………………………………………
 
Nama Pemohon
Nombor IC


Untuk contoh lain, anda boleh lihat seperti di bahagian gambar di bawah ini. Berikut merupakan contoh surat rayuan permohonan menunaikan Haji.

Contoh #2

Contoh Surat Rayuan Permohonan Menunaikan Haji

Contoh #3
Contoh Surat Rayuan Permohonan Menunaikan Haji

Untuk dapatkan lebih contoh surat rayuan permohonan menunaikan Haji, anda boleh layari pautan ini. Semoga ianya bermanfaat kepada semua bakal Haji bagi setiap tahun.

Post a Comment

Previous Post Next Post