Tonton Episod Penuh Drama Marry Me Senorita Di Astro Ria (Slot Megadrama)

Tonton Episod Penuh Drama Marry Me Senorita Di Astro Ria (Slot Megadrama)

Peminat drama melayu terutamanya pada slot Megadrama, drama Marry Me Senorita akan menemui penonton bermula 2 Februari 2021 di Astro Ria. Jangan lupa untuk saksikan kesemua episod nanti.

Drama Marry Me Senorita merupakan drama adaptasi novel bertajuk 'Marry Me Senorita' karya Suri Ryana terbitan tahun 2019. Kali ini ianya dibawa ke kaca tv dengan menampilkan barisan pelakon hebat seperti Janna Nick bersama-sama pelakon yang mula meningkat naik, Dini Azan, Shaza Bae dan ramai lagi.

BACA : Tonton Semua Episod Drama Tercipta Satu Ikatan Di Astro Ria (Slot Megadrama)

Tayangan : 20 episod di Astro Ria (Slot Megadrama)
Pengarah : Nur Ain Sharif
Penerbit : Michael Ang
Skrip : Rehal Nuharis dan Dayang Kartinah
Produksi : Juita Viden Sdn. Bhd.
Pelakon : Janna Nick, Dini Azan Schatzmann, Shaza Bae, Siti Khadijah Halim, Jalaludin Hassan, Fadilah Mansor, Acha Merican, Yasmin Hani, Natasha Elyzza, Razman Mahayuddin dan ramai lagi.

marry me senorita

Sinopsis Drama Marry Me Senorita

Mengisahkan tentang Sofiy Leia (Janna Nick), seorang anak yatim piatu yang menumpang teduh dengan ibu bapa saudaranya. Sofiy dihalau keluar dari rumah setelah kematian Pak Long oleh Mak Long yang tidak menyukainya selama ini. Malam itu juga Sofiy nekad keluar rumah ingin ke Kuala Lumpur berjumpa dengan kawan baiknya yang sedang melanjutkan pelajaran di sana tanpa Sofiy tahu bahawa kawannya itu bekerja di kelab malam. 

Pertemuan Sofiy dan Isa Alejandro (Dini Azan Schatzmann) di rumah usang Pak Ngah Leman tanpa dirancang membawa kepada perkahwinan kontrak. Isa terpaksa berkahwin dengan Sofiy untuk memastikan kedudukannya di perusahaan atuknya tidak terjejas, manakala Sofiy mengahwini Isa untuk memastikan keselamatannya daripada menjadi buruan Bard, tauke kelab malam. Isa juga bersetuju untuk membiayai Sofiy yang ingin melanjutkan pelajarannya.

Isa Alejandro merupakan pemain tennis kebangsaan dan kacukan Sepanyol (bapa) dan Malaysia (ibu). Demi menutup kesalahan dan ingin buktikan bahawa dia telah berubah, Isa mengajak Sofiy berkahwin. Sebelum itu, Isa telah dihalau oleh datuknya keluar dari keluarga dan akan dilucut jawatan dalam perusahaan perabot datuknya.

Perkahwinan Isa dan Sofiy tidak bertahan lama dan akhirnya mereka bercerai dan membawa haluan masing-masing, walaupun ketika itu sudah terbit rasa cinta di hati. 

Setelah berpisah, Sofiy melanjutkan pelajarannya di London manakala Isa berkahwin paksa rela dengan bekas kekasihnya, Rosa Arabella (Shaza Bae). Ketika itu adik Isa telah lama menghilangkan diri dan Rosa pernah terlihat adiknya di suatu tempat semasa menjalani pengambaran. Rosa meletakkan syarat supaya Isa perlu berkahwin denganya jika ingin tahu dimana adik Isa berada. 

Tiga tahun berlalu, Sofiy sudah tamat belajar dan telah diterima bekerja.Sofiy bertemu semula dengan Isa di syarikat tempat dia bekerja. Dan rupanya syarikat itu adalah milik Isa. Adakah bahagia milik Isa dan Sofiy? Bagaimanakah pengakhiran kisah hidup mereka?

Tonton Episod Penuh Drama Marry Me Senorita Di Astro Ria (Slot Megadrama)

Waktu Siaran

Jadi jangan lupa bermula 2 Februari ini, saksikan drama Marry Me Senorita yang ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam melalui slot Mega Drama di Astro Ria dan Ria HD. Anda juga boleh strim secara On Demand kesemua episod atau menggunakan aplikasi Astro Go.

Tonton Full Episod Drama Marry Me Senorita


Post a Comment

Previous Post Next Post