Tonton Semua Episod Drama Tercipta Satu Ikatan Di Astro Ria (Slot Megadrama)

Tonton Semua Episod Drama Tercipta Satu Ikatan Di Astro Ria (Slot Megadrama)

Drama hebat di slot Megadrama diteruskan lagi untuk minggu ini. Saksikan kesemua episod drama Tercipta Satu Ikatan bermula 29 Disember 2020 hanya di Astro Ria.

Drama Tercipta Satu Ikatan merupakan drama di Slot Megadrama yang terakhir untuk tahun 2020 ini. Drama ini menggantikan drama Biar Mereka Cemburu yang disiarkan sebanyak 16 episod sebelum ini.

Antara barisan pelakon yang sertai drama ini adalah Aeril Zafril, Hannah Delisha dan Izzue Islam. Jika dilihat 'line-up' ini pastinya akan memberikan lagi jiwa kepada setiap watak dan ditambah dengan jalan cerita daripada drama ini. Mungkin akan meletup juga?

Tonton Semua Episod Drama Tercipta Satu Ikatan Di Astro Ria (Slot Megadrama)

Sinopsis Drama Tercipta Satu Ikatan

Drama Tercipta Satu Ikatan ini bermula apabila Leanna (Hanna Delisha), mengahwini Daniyal (Aeril Zafrel) kerana kehendak ayahnya. Tapi dia memang jatuh cinta dengan lelaki itu. Sucinya Leanna kerana menganggap Daniyal juga sama sepertinya, melamar kerana cinta. Walaubagaimanapun Daniyal tidak pernah membuat hatinya curiga. Malah dia sentiasa berusaha menjadi isteri terbaik buat lelaki itu.

Apakah sebenarnya tujuan Daniyal menerima tawaran Jeffery untuk mengahwini Leanna? Kerana harta atau dendam? Apa yang berlaku sebenarnya tidak pernah melibatkan Leanna. Tapi kenapa di akhirnya, dia juga yang terpaksa menanggung semua sengsara?

Saksikan drama arahan Pali Yahya ini untuk 20 episod dengan dibarisi pelakon seperti Aeril Zafrel, Hannah Delisha, Izzue Islam, Sophia Koshka, Nadhir Nasar, Nadiyah Shahab, Esma Daniel, Nada Nur Syuhada dan ramai lagi.

Tonton Semua Episod Drama Tercipta Satu Ikatan Di Astro Ria (Slot Megadrama)

Tonton Semua Episod Drama Tercipta Satu Ikatan Di Astro Ria (Slot Megadrama)

Waktu Siaran

Jadi jangan terlupa untuk saksikan drama Tercipta Satu Ikatan bermula 29 Disember 2020, pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam hanya di Astro Ria dan Ria HD. Anda juga boleh strim secara on demand atau melalui aplikasi Astro Go.

Tonton Full Episod Drama Tercipta Satu Ikatan


Post a Comment

Previous Post Next Post