Resepi Spageti Aglio Olio Sedap Dimakan Bersama Keluarga

Resepi Spageti Aglio Olio Sedap Dimakan Bersama Keluarga

Jika anda bercadang untuk makan spageti dan sedang mencari resepi. Jangan risau, anda boleh ikuti cara masak beserta resepi spageti aglio olio disini sesuai makan beramai-ramai bersama keluarga. Confirm sedap!

Resepi ini dikongsikan oleh Nafsiah Rahim di facebook dengan menggunakan acuan dan resepi sendiri untuk menu spageti ini. Resepi spageti aglio olio ini telah dikongsiakan lebih seribu share di laman facebook. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba resepi spageti ini.

Resepi Spageti Aglio Olio

Resepi ini hanya menggunakan bahan-bahan yang simple dan mudah didadapati di pasar-pasar raya. Jadi anda boleh cuba.

▸ Bahan-Bahan

  • 1 paket spaggeti
  • 10-15 ekor udang
  • 5-6 ekor sotong
  • 2 batang sosej
  • bawang putih 4 ulas
  • 1 sudu chili flakes
  • 1 sudu lada hitam
  • 3 sudu serbuk oregano
  • 5 biji cili kering
  • kiub ayam
  • 2 keping cheese
  • Tomato 
  • Lada benggala

Resepi Spageti Aglio Olio Sedap Dimakan Bersama Keluarga

▸ Cara Masak

1)  Untuk permulaan, rebuskan spaghetti bersama 1 sudu minyak masak. Rebus selama 7-8 minit dan tapiskan. Simpan sedikit air rebusan tersebut untuk digunakan kemudian.

2)  Sementara itu, dalam kuali yang lain, masukkan olive oil (atau guna minyak masak biasa) dan tumis bawang putih yang telah dihiris. Agak dah naik bau tu, boleh letak cili kering yang sudah dipotong. Boleh letak lambat sedikit takut hangit.

3)  Kemudian, masukkan udang, sotong dan sosej. Masak selama 1 minit. Lepastu masukkan pula sedikit air rebusan spageti tadi

4)  Seterusnya, masukkan 1 sudu serbuk cili flakes, 1 sudu serbuk lada hitam, 2 sudu serbuk oregano, 2 keping cheese dan 1 kiub ayam. Masak seketika.

5)  Akhir sekali bolehlah masukkan spageti, tomato ceri dan lada benggala. Gaul sehingga rata. Okay dah siappp!!

Resepi Spageti Aglio Olio Sedap Dimakan Bersama Keluarga


sumber : Nafsiah Rahim

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments