Kerajaan Memperkenalkan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi Dan Rakyat Malaysia (PERMAI)

Perlindungan Ekonomi Dan Rakyat Malaysia (PERMAI)

Melalui pengumuman khas Perdana Menteri sebentar tadi, Kerjaan memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi PERMAI (Pakej Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia) untuk tahun 2021.

Berikutan ramai rakyat Malaysia terjejas dari segi ekonomi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) ini, Kerjaan tampil untuk membantu bagi meringankan beban kewangan rakyat.

Melalui pakej PERMAI ini, Kerajaan mengfokuskan kepada 3 bahagian iaitu:

  • Memerangi wabak COVID-19
  • Memelihatan kebajikan rakyat
  • Menyokong kelangsungan perniagaan
Pakej ini melibatkan perbelanjaan lebih RM15 bilion dan penambahbaikan daripada pakej ransangan ekonomi sebelum ini.

Perlindungan Ekonomi Dan Rakyat Malaysia (PERMAI)

Antara intipati pakej bantuan PERMAI yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri adalah seperti berikut:

1.  Pembayaran RM500 kepada petugas barisan hadapan dan RM300 kepada frontliner yang lain pada suku pertama tahun ini.

2.  Program Bakul Makanan berharga RM100/setiap bakul bagi yang layak

2.  Bayaran fasa terkahir BPN 2.0 dipercepatkan iaitu pada 21 Januari 2021

BACA : Bayaran BPN 2.0 Fasa Kedua Dan Pemohon Baru Dibuat Mulai 21 Januari Ini

3.  Pembayaran pendahuluan akan dibuat oleh KWSP bagi pemohon i-Sinar kategori 2 sehingga RM1,000

4.  Pelepasa cukai pembelian telefon bimbit, tablet dan komputer dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021

5.  Data 1GB internet percuma juga dilanjutkan sehingga 30 April 2021

6.  Palej telekomunikasi khas bagi pelajar SPM, STPM dan Pengajian Tinggi dilanjutkan sehingga hujung April 2021

BACA : Cara Dapatkan Pakej Data Internet Khas Untuk Pelajar SPM dan STPM 2021

7.  Tambahan peruntukan Program Subsidi Upah (PSU 3.0) sebanyak RM1 bilion

8.  Bantuan One-Off RM500 kepada pemandu pelancong, pemandu teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing

9.  Pengecualian duti eksais & cukai jualan bagi pemilikan 5 tahun sehingga 31 Disember 2021

10.  Skim Mikro Kredit dipercepatkan

11.  Merancakkan jualan atas talian melalui Kempen e-Dagang PKS & PKS Mikro serta Shop Malaysia Online

12.  Menambah baik Skim Jaminan Prihatin Danajamin

13.  Diskaun 30% sehingga April 2021 bagi sewaan premis perniagaan MARA

14.  Diskaun bil elektrik 10% bermula Januari - Mac 2021

15. Rebat elektrik (2 sen/kilowatt-jam) untuk semua pengguna TNB

16.  Moratorium atau penjadualan semula bagi Bayaran Pinjaman Pendidikan MARA

17.  Pengecualian Levi Majikan bagi syarikat yang tidak beroperasi semasa PKP & PKPB

18.  Bantuan GKP kepada PKS termasuk 7 negeri yang terlibat dalam zon merah.

19.  Delivery rider akan mendapat caruman sepenuhnya oleh PERKESO

20.  Pelepasan cukai diberikan untuk ujian COVID-19

21.  Moratorium bayaran balik bagi peminjam PTPTN selama 3 bulan bagi yang layak.

Bantuan PERMAI kali ini lebih memberi keutamaan kepada mereka yang terjajas dalam sektor tidak formal dan pekerja harian.

Diharapkan bantuan ini dapat memberi manfaat kepada mereka yang layak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan beberapa negeri PKPB.

Post a Comment

Previous Post Next Post