Cara Dapatkan Pakej Data Internet Khas Untuk Pelajar SPM dan STPM 2021

Cara Mohon Pakej Data Internet Khas Untuk Pelajar SPM dan STPM 2021

Inisiatif pakej data internet khas ini khusus kepada pelajar SPM dan STPM 2021 yang juga diperkenalkan oleh Menteri Komunikasi & Multimedia Malaysia, YB Dato' Saifuddin Abdullah bersama-sama pihak MCM.

Pakej data istimewa ini juga disokong oleh Celcom, Digi, Maxis, Umobile dan Telekom Malaysia (TM) bagi membantu calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi menyiapkan persediaan peperiksaan bulan April ini.

Pembelajaran secara online boleh diteruskan seperti biasa terutamanya calon peperiksaan SPM dan STPM dengan perbelanjaan yang menjimatkan melalui pakej yang ditawarkan ini.

Jadi Apa Yang Diperoleh Daripada Pakej Data Internet Khas Ini?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhyavvUJGVwQEXNQsJn6Yknu9O1RxdruAPSZgoOGmo0V30ixVLxaV8qR485iUPJZFLe6gtRrOXxhd60EDLCoIZLY6XrxeAYKemiLS1Q8BHYHXl0Tdxr6sf8j4Te2Wo_vGEySAOQqej3EIbR/s2048/pakej+data+internet.jpg

Para calon peperiksaan akan menerima plan internet eksklusif sebanyak 15GB data untuk 30 hari dengan harga RM20 sahaja daripada semua syarikat telekomunikasi.

Pakej Data Istimewa SPM/STPM 2021 ini boleh dilanggan atau subscribe bermula 6 Januari hingga 30 April 2021 iaitu daripada Celcom, Digi, Maxis dan Umobile. Manakala untuk pakej TM dijangka boleh dilanggan pada 11 Januari 2021. Jadi kepada semua calon yang akan menduduki peperiksaan SPM dan STPM tahun 2021 ini, layak untuk melanggan.

Cara Langgan Pakej Data Istimewa SPM/STPM 2021

Anda boleh langgan mengikut line telefon yang anda guna sama ada Celcom, Digi, Maxis, U Mobile dan TM. Tawaran yang disediakan

  • RM20/bulan
  • 15GB data internet untuk 30 hari

Celcom

internet data celcom

Pakej istimewa SPM/STPm 2021 ini hanya untuk mereka yang lahir antara 2001 hingga 2004.

Pelanggan baru:

  1. Dapatkan Starter pack daripada Celcom Online, outlet Bluecube atau mana-mana peniaga sah
  2. Aktifkan Starter pack (Subcription)
  3. Akan menerima SMS berkaitan kempen ini dalam tempoh 4 hari

Pelanggan sedia:

  1. Dapatkan informasi kempen daripada Celcom melalui SMS
  2. Log On di aplikasi Celcom Life
  3. Subscribe pas Internet pada bahagian Subcription
  4. Mesej berjaya melalui SMS 

Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.celcom.com.my/personal/prepaid/plans/internet-plans

Digi

internet data digi

Untuk semua warganegara Malaysia berumur daripada 16 hingga 19 tahun (lahir tahun 2001-2004) layak untuk memohon

  1. Langgan melalui 'Add-ons' pada aplikasi MyDigi pada bahagian Internet
  2. Klik Confirm
  3. Anda boleh juga melalui UMB Codes (*128*2*1#)

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web Digi Pakej SPM/STPM 2021

U Mobile

internet data u mobile

Pakej Data Khas SPM/STPM 2021 khusus untuk pelajar SPm dan STPM melalui 2 cara:

Aplikasi MyUMobile 

  1. Muat-turun aplikasi MyUmobile
  2. Buka aplikasi dan pilih "Add-Ons"
  3. Pilih "Pakej Data SPM/STPM"

Melalui UMB

  1. Dail *118*3*12*2#
  2. Sahkan langganan anda

Untuk maklumat lanjut, boleh pergi ke lamanw web U Mobile www.u.com.my/plans/prepaid/spm-stpm-special-data-package

TM Unifi

internet data tm unifi

Langganan pakej Data SPM/STPM 2021 daripada pihak TM Unifi akan dibuka pada 11 Januari 2021, sedikit lewat. Jadi setakat ini tiada lagi info khas yang dikongsikan oleh pihak TM Unifi. Info lanjut di laman web UNIFI

Update : Anda kini boleh dapatkan pakej Data SPM/STPM 2021 dengan harga RM20/sebulan untuk 15GB

Maxis

internet data maxis

Anda boleh langgan melalui Pakej Data Istimewa SPM/STPM 2021 melalui aplikasi. Bagi mereka yang menggunakan plan Hotlink Prepaid Unlimited, pakej istimewa ini akan digunakan terlebih dahulu.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web Hotlink www.hotlink.com.my/en/support/internet/spm-stpm-2021-package

Post a Comment

Previous Post Next Post