Awesome TV Kini Sudah Bersiaran Di Astro

Awesome TV Kini Sudah Bersiaran Di Astro

Nampaknya bertambah meriah la tayangan program dan drama di TV! Manakan tidak, Awesome TV kini sudah bersiaran di Astro.

Awesome TV merupakan saluran baru yang mula diperkenalkan pada Ogos 2020 yang lepas. Pada awal tayangan, Awesome TV hanya disiarkan di MyFreeview melalui saluran MYTV112. Jadi segala tayangan eksklusif hanya di platform itu sahaja.

Di Awesome TV, mereka menyediakan pelbagai kandungan yang menarik yang pasti menceriakan anda sekeluarga. Anda boleh saksikan program realiti TV, bual bicara, drama, telefilem, program hiburan, komedi dan banyak lagi. Antara kandungan yang disediakan seperti:

  • Mic On
  • Jom Karok
  • Drama Hantu Van Sewa
  • Ujian Menantu
  • Telefilem Ijam
  • Ragam dan banyak lagi

AwesomeTV Kini Di Astro

Kini mereka melebarkan sayapnya. Bermula hari ini, 18 Januari 2021, Awesome TV mula bersiaran di Astro di saluran CH123 secara High Defition (HD) dan Njoi juga di CH123 (HD). Tontonan kepada semua kandungan adalah secara percuma.

Ada di Astro, tapi tiada di Astro Go keh!

Awesome TV Kini Sudah Bersiaran Di Astro

Selain itu, bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda boleh saksikan semula cerita kesukaan anda di portal rasmi Awesome TV www.awesometv.my pada bila-bila masa secara on demand dan percuma. Jadi kini, Awesome TV sudah berada di 2 platform

MYTV - Saluran 112
Astro - Saluran 123

Post a Comment

Previous Post Next Post