Unifi Belanja Saluran Terbaik Mereka Secara Percuma Sehingga 1 Februari 2021

Unifi Belanja Saluran Terbaik Mereka Secara Percuma Sehingga 1 Februari 2021

Untuk menggalakkan anda untuk terus duduk di rumah sepanjang PKP 2.0, hari ini Unifi belanja saluran terbaik mereka secara percuma sehingga 1 Februari 2021. 

Jika sebelum ini, pihak Astro juga ada mengumumkan saluran komplimentari untuk semua pelanggan. Hari ini pihak Unifi juga mengumumkan perkara yang sama bagi semua pelanggan Unifi TV. Jadi kesemua pelanggan Unifi boleh nikmati beberapa saluran ini secara percuma untuk 2 minggu.

Seperti yang disenaraikan, antara saluran terbaik yang disediakan untuk tontonan adalah seperti Boomerang, TVN Movies, Nickelodeon, UnifiSport, DreamWorks, CinemaWorld HD, Blue Ant Entertainment dan banyak lagi.

Tontonan Percuma Di Unifi TV

Saluran percuma ini ditawarkan untuk semua pelanggan Unifi di seluruh Malaysia bermula 18 Januari hingga 1 Februari 2021. Selain itu, anda boleh juga menonton di aplikasi Unifi PlayTV bagi pelanggan dan juga bukan pelanggan Unifi.

Walaubagaimanapun Unifi juga menyenaraikan antara saluran yang tidak disertakan dalam kempen kali ini seperti dalam senarai dibawah:

  1. FOX Movies HD
  2. FOX Action Movies HD
  3. FOX Family Movies HD
  4. FOX Sports HD
  5. FOX Sports 2 HD
  6. FOX Sports 3 HD
  7. National Geographic Channel HD
  8. Nat Geo Wild HD
  9. Nat Geo People HD
  10. FOX HD
  11. FOX Life HD
  12. FX HD
  13. SCM Legend HD
  14. SCM HD
  15. SCC HD
  16. Baby TV
  17. Sky News HD
  18. France24

Jadi diharap dengan tayangan saluran percuma ini, anda boleh untuk terus berada di rumah sepanjang tempoh PKP 2.0 ini berlangsung bagi mengelakkan jangkitan kena pada diri kita. Stay At Home!


sumber : Unifi

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments