Murid Sekolah Kini Boleh Dapatkan Buku Teks Digital Yang Disediakan Oleh Pihak KPM

Murid Sekolah Kini Boleh Dapatkan Buku Teks Digital Yang Disediakan Oleh Pihak KPM

Kini para murid sekolah rendah mahupun menengah boleh dapatkan dan menggunakan buku teks digital untuk sesi PdPR yang disediakan secara percuma oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Ibubapa boleh dapatkan akses buku teks digital ini melalui 'KPM eTextbook Reader' sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan diberikan kepada anak-anak supaya pembelajaran di rumah mereka lebih teratur dan berkesan.

Dapatkan Akses Buku Teks Digital Secara Percuma

Dengan menggunakan aplikasi KPM eTextbook Reader, murid boleh akses buku teks digital tersebut menggunakan telefon pintar, tablet atau menggunakan laptop pada bila-bila masa sahaja.

BACA : Senarai Telefon Harga Bawah RM500 Bagi Tahun 2020

BACA : 5 Laptop Terbaik Bawah RM2000 Bagi Tahun 2021 Sesuai Untuk Pelajar

Anda tidak memerlukan sambungan internet bagi menggunakan aplikasi dan baca buku teks tersebut tetapi anda perlu terlebih dahulu muat-turun atau download aplikasi bersama-sama buku teks tersebut.

Cara Menggunakan KPM eTextbook Reader

Daripada penerangan yang dikeluarkan oleh pihak KPM, aplikasi ini menyediakan buku teks digital dalam bentuk EPUB dan bukan format PDF. Jadi dengan itu, para murid dapat membuat nota, highlight bahagian yang penting dan juga bookmark. Seolah-olah menggunakan buku teks sebenar.

Murid Sekolah Kini Boleh Dapatkan Buku Teks Digital Yang Disediakan Oleh Pihak KPM

Untuk akses pertama kali, anda boleh klik pautan dibawah dan buat pendaftaran kali pertama serta ikut arahan seterusnya.

Buku Teks Digital/button/

Untuk menggunakannya, anda terlebih dahulu download aplikasi KPM eTextbook Reader terus ke smartphone sama ada di platform Play Store atau App Store atau menggunakan laptop dengan software yang disediakan ini.

Selain itu, pandai juga ada menyediakan buku teks digital daripada sekolah rendah hingga sekolah menengah beserta kelas peralihan. Boleh klik pautan dibawah:

Buku Teks Digital.Pandai/button/#1E90FF

Jadi dengan adanya aplikasi eTextbook atau buku teks digital ini, anak-anak yang kini menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dapat memahami lebih lagi dan juga tidak bergantung sepenuhnya kepada pembelajaran online.

Sambil-sambil boleh juga rujuk buku teks ini kan.

Post a Comment

Previous Post Next Post