Senarai Telefon Harga Bawah RM500 Bagi Tahun 2020

Bagi tahun 2020 ini, sebenarnya masih ada lagi telefon harga bawah RM500 tetapi tidaklah banyak pilihan berbanding telefon pada harga yang lebih tinggi.

Senarai Telefon Harga Bawah RM500 Bagi Tahun 2020

Telefon harga bawah RM500 ini telah dikelaskan dalam kelas bajet dimana lebih ramai lagi yang mampu untuk dapatkan telefon pada harga ini. Ada juga kelas pertengahan iaitu RM1000 kebawah dan lepas daripada RM1001 berada di dalam kelas mewah yang mungkin hanya beberapa golongan sahaja yang mampu.

Telefon ini pastinya mensasarkan golongan yang kurang berkemampuan, pelajar atau mereka yang mahukan telefon ke-2 sebagai tambahan. Dengan harga yang ditawarkan, anda tidak mampu untuk dapatkan kualiti yang seperti telefon yang lebih mahal sebaliknya ianya bersesuai dengan harga.

Mungkin ada antara kita mahukan telefon pada harga RM500 ini kerana ianya adalah telefon ke 2 yang mungkin digunakan untuk whatsapp bagi urusan perniagaan sahaja. ataupun ibu bapa yang sudah tua tetapi ingin berkomunikasi bersama anak-anak menggunakan whatsapp dan video call. Rasanya kelas bajet ini sudah cukup bagi mereka.


Kalau anda ingin dapatkan chipset dan RAM yang tinggi dengan harga ini, pasti anda kecewa. Nak buat main game, edit gambar, dan beberapa perkara yang perlukan chipset dan ram yang besar, anda perlu pergi ke kelas pertengahan atau kelas mewah 9 (flagship).

Kebiasaanya telefon pada kelas bajet dibawah harga RM500 bagi tahun 2020 ini mempunyai RAM sebesar 2GB, camera dengan 8MP/2MP, Memory sebesar 16GB/32GB, Chipset  Snapdragon 439 atau Helio P22, dan bateri sebesar 3000 mAh. Ini merupakan perkara minima yang sepatutnya ada pada telefon harga bawah RM500

Telefon Harga Bawah RM500 Bagi Tahun 2020

Senarai ini tidak mengikut harga atau rekomendasi daripada penulis sebaliknya ianya adalah secara rawak. Ianya juga disediakan pautan Lazada dan Shopee bagi anda dapatkan telefon ini pada store yang dipercayai.

Sebelum anda buat pembelian, anda boleh dapatkan Cashback terlebih dahulu dengan klik pautan dibawah


#1. Realme C2

Realme C2

Telefon ini telah dikeluarkan pada pertengahan 2019. Ianya masih releven untuk dibeli dan digunakan untuk tahun 2020 ini. Telefon ini dijual secara rasmi di Malaysia dengan warna pilihan Diamond Blue dan Diamond Black.

# Ciri-Ciri Spesifikasi
1 Saiz skrin IPS 5.45" HD
2 Kamera 13 MP / 5 MP
3 Android 9.0
4 Chipset Snapdragon 439
5 RAM 2 / 3 GB
6 Memory 16 / 32 GB
7 Bateri 4000 mAh

Info Lanjut Dapatkan Di:     RM399 - SHOPEE/button       RM409 - LAZADA/button/#3679C4

#2. Honor 8S

Honor 8S

Honor juga merupakan syarikat daripada China yang bersaing dalam arena teknologi terutamanya pada telefon bimbit. Honor 8S berada di dalam senarai telefon harga bawah RM500 bagi tahun 2020 ini. Telefon ini sebenarnya masih baru dimana mula dijual pada Disember 2019. Ianya menawarkan 3 pilihan warna iaitu Black, Blue dan Gold

# Ciri-Ciri Spesifikasi
1 Saiz skrin IPS 5.71" HD+
2 Kamera 13 MP / 5 MP
3 Android 9.0
4 Chipset Mediatek Helio A22
5 RAM 2 / 3 GB
6 Memory 32 / 64 GB
7 Bateri 3020 mAh

Info Lanjut Dapatkan Di:     RM399 - SHOPEE/button       RM399 - LAZADA/button/#3679C4

#3. Vivo Y11 (Recommended)

Vivo Y11

Vivo juga tidak ketinggalan untuk memperkenalkan telefon di dalam kelas bajet iaitu Vivo Y11. Ianya mula dijual di Malaysia pada Oktober 2019 dan tidaklah terlalu lama. Masih boleh diterima dan diguna sehingga tahun 2020 ini. Vivo Y11 hadir dengan 2 pilihan warna iaitu Coral Red dan Jade Green.

Vivo Y11 mempunyai 2 kamera dibelakang berbeza dengan senarai yang lain. Pastinya memberikan kelebihan jika dibandingkan dengan telefon-telefon lain

# Ciri-Ciri Spesifikasi
1 Saiz skrin 6.35-inch FullView Display
2 Kamera 13+2 MP / 8 MP
3 Android 9.0
4 Chipset Snapdragon 439
5 RAM 3 GB
6 Memory 32 GB
7 Bateri 5000 mAh

Info Lanjut Dapatkan Di:     RM499 - SHOPEE/button       RM499 - LAZADA/button/#3679C4

#4. Xiaomi Redmi 8 (Recommended)

Xiaomi Redmi 8

Kita pasti biasa dengar telefon daripada Xiaomi yang mengfokuskan telefon dengan spesifikasi yang hebat dengan harga berpatutuan. Ianya juga termasuk Redmi 8 ini. Ianya telah mula dijual di Malaysia pada Oktober 2019 dan masih diperkatakan sehingga kini. Telefon ini menawarkan 3 pilihan warna iaitu Sapphire Blue, Onyx Black dan Ruby Red.

Redmin 8 juga mempunyai 2 kamera dibelakang sama seperti Vivo beserta kapisiti bateri yang agak besar dengan tanda harga bawah RM500. Xiaomi Redmi 8 merupakan telefon yang dicadangkan terbaik pada tanda harga tersebut.

#Ciri-CiriSpesifikasi
1Saiz skrinIPS LCD 6.22" HD+
2Kamera12+2 MP / 8 MP
3Android9.0
4ChipsetSnapdragon 439
5RAM3 / 4 GB
6Memory32 / 64 GB
7Bateri5000 mAh

Info Lanjut Dapatkan Di:     RM499 - SHOPEE/button       RM499 - LAZADA/button/#3679C4

#5. Oppo A5S

Oppo A5S

Seterusnya adalah telefon berjenama Oppo A5S. Oppo kini semakin lama sudah menampakkan kepercayaan dikalangan rakyat Malaysia. Dengan sponser yang diberikan pada beberapa program di tv pastinya lebih ramai lagi lebih percaya dengan telefon keluaran Oppo terutamanya Oppo A5S yang diperkenalkan pada April 2019 yang lepas.

Walaupun sudah menjangkau hayat selama 1 tahun, Oppo A5S masih lagi menerima pembelian daripada orang ramai. Telefon ini menawarkan 4 variasi warna iaitu Red, Black, Gold dan Green

# Ciri-Ciri Spesifikasi
1 Saiz skrin IPS 6.2" HD
2 Kamera 13 MP / 2 MP
3 Android 8.1
4 Chipset Helio P35
5 RAM 2 / 3 / 4 GB
6 Memory 32 / 64 GB
7 Bateri 4230 mAh

Info Lanjut Dapatkan Di:     RM499 - SHOPEE/button       RM499 - LAZADA/button/#3679C4

#6. Nokia 3.2

Nokia 3.2

Jenama telefon yang pernah gah sebelum ini dan mula hilang hujung tahun 2010. Tetapi kini mereka kembali untuk terus bersaing iaitu jenama Nokia. Nokia series banyak terdapat dipasaran kini dan mengikut tanda harga RM500 dan antara yang terbaru adalah Nokia 3.2. Ianya mula diperkenalkan pada pertengahan 2019 yang lepas.

Paling menarik pada telefon jenama Nokia, kini mereka menggunakan platform Android One yang mana antara telefon yang terawal memeperoleh kemaskini Android termasuk Nokia 3.2 ini. Variasi warna yang ditawarkan adalah hitam dan kelabu.

# Ciri-Ciri Spesifikasi
1 Saiz skrin IPS 6.26 HD+
2 Kamera 13 MP / 5 MP
3 Android 9.0 (Android One)
4 Chipset Snapdragon 429
5 RAM 2 / 3 GB
6 Memory 16 / 32 GB
7 Bateri 4000 mAh

Info Lanjut Dapatkan Di:     RM499 - SHOPEE/button       RM499 - LAZADA/button/#3679C4

#7. Huawei Y5

Huawei Y5

Walaupun Huawei kita biasa dengar dengan telefon jenis pertengahan tetapi masih ada beberapa telefon yang berada di kelas bajet seperti Huawei Y5 yang dikeluarkan pada Mei 2019. Mereka juga tidak lupa dengan golongan sasaran bajet ini. Dengan harga bawah RM500, variasi warna yang diperkenalkan seperti Midnight Black, Modern Black, Sapphire Blue dan Amber Brown

# Ciri-Ciri Spesifikasi
1 Saiz skrin IPS 5.71" HD+
2 Kamera 13 MP / 5 MP
3 Android 9.0
4 Chipset Mediatek Helio A22
5 RAM 2  GB
6 Memory 16 / 32 GB
7 Bateri 3020 mAh

Info Lanjut Dapatkan Di:     RM399 - SHOPEE/button       RM399 - LAZADA/button/#3679C4

#8. Neffos X20

Neffos X20

Kita biasa dengan barangan TP-Link seperti alatan wifi dan sambungan. Tahukah anda syarikat ini juga mengeluarkan telefon sendiri atas jenama Neffos dan ianya berasal daripada China dan sudah secara rasmi masuk ke Malaysia. Jenama telefon ini juga berada di dalam semua kelas termasuklah kelab bajet ini dengan Neffos X20. Ada 3 variasi warna yang dikeluarkan iaitu Aurora purple, hitam, merah dan biru.

# Ciri-Ciri Spesifikasi
1 Saiz skrin IPS 6.26" HD
2 Kamera 13 MP / 5 MP
3 Android 9.0
4 Chipset MediaTek Helio A22
5 RAM 2  GB
6 Memory 32 GB
7 Bateri 4100 mAh

Info Lanjut Dapatkan Di:     RM529 - SHOPEE/button       RM449 - LAZADA/button/#3679C4

#9. ZTE Nubia N2 Lite

ZTE Nubia N2 Lite

Mungkin ini antara jenama termurah daripada senarai telefon harga bawah RM500 ini iaitu datang daripada Nubia N2 Lite. Ianya diperkenalkan pada tahun 2019 juga. Mungkin telefon ini masih belum dikenali ramai di Malaysia terutamanya. 

# Ciri-Ciri Spesifikasi
1 Saiz skrin IPS 5.45" HD
2 Kamera 13+2 MP / 5 MP
3 Android 8.1
4 Chipset Mediatek 6739
5 RAM 3 GB
6 Memory 32 GB
7 Bateri 3300 mAh

Info Lanjut Dapatkan Di:     RM299 - SHOPEE/button       RM399 - LAZADA/button/#3679C4

#10. Redmi 8A

Redmi 8A

Mula diperkenalkan pada September 2019 dan antara model yang diterima baik daripada orang ramai. Harganya murah sedikit berbanding Redmi 8 dan hanya membezakan jumlah kamera dibelakang sahaja. Redmi 8A hanya mempunyai 1 kamera di belakang manakala Redmi 8 mempunyai 2 kamera. Warna yang ada seperti Midnight Black, Ocean Blue, Sunset Red

# Ciri-Ciri Spesifikasi
1 Saiz skrin IPS LCD 6.2" HD+
2 Kamera 13 MP / 2 MP
3 Android 9.0
4 Chipset Snapdragon 439
5 RAM 2 / 3 GB
6 Memory 32 GB
7 Bateri 5000 mAh

Info Lanjut Dapatkan Di:     RM499 - SHOPEE/button       RM445 - LAZADA/button/#3679C4


Bonus


#11. Realme C3

realme c3


Telefon tahun 2020 yang baru diperkenalkan pada 3 Mac yang lepas. Telefon terbaru selepas keluaran siri C sebelum ini iaitu realme C2. Paling menarik mungkin dengan adanya triple kamera yang diperkenalkan pada realme C3.

Jika anda nak dapatkan lebih awal, anda boleh dapatkan melalui kedai rasmi atas talian realme di Shopee. Ada pautan di sediakan dibawah. Dengan harga RM499 anda akan dapat extended 6 bulan warranty.

# Ciri-Ciri Spesifikasi
1 Saiz skrin IPS LCD 6.5" HD
2 Kamera 12+2+2 MP / 5 MP
3 Android 10.0
4 Chipset Helio G70
5 RAM 3 GB
6 Memory 32 GB
7 Bateri 5000 mAh

Info Lanjut Dapatkan Di:     RM499 - SHOPEE/button

Itulah antara 10 senarai telefon harga bawah RM500 yang anda boleh dapatkan di pasaran untuk tahun 2020 ini. Ianya berdasarkan review daripada orang ramai dan juga fungsi yang masih baik dan tidak outdated apabila menjelang tahun 2020 ini.

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended