5 Laptop Terbaik Bawah RM2000 Bagi Tahun 2021 Sesuai Untuk Student Universiti

laptop terbaik bawah rm2000 untuk student

Kepada pelajar atau student universiti yang ingin dapatkan laptop baru. Anda boleh dapatkan senarai disini 5 laptop terbaik bawah RM2000 bagi tahun 2021. Laptop yang pastinya akan memudahkan kerja dan urusan pembelajaran anda kelak.

Sekarang laptop sepertinya bukan lagi kemahuan semata-mata, ianya sudah menjadi keperluan bagi seorang pelajar universiti. Rata-rata pensyarah akan memberi tugasan assignment dalam bentuk soft copy dan perlu disiapkan menggunakan komputer atau laptop.

Tetapi sebagai seorang student, pastinya bajet untuk dapatkan sebuah laptop itu terhad, lagi-lagi ingin dapatkan sebuah laptop terbaik bagi urusan pembelajaran. Dengan bajet RM2000, sebenarnya anda boleh dapatkan laptop yang sangat elok dan sesuai untuk pelajar.

Anda boleh buat assignment, anda boleh buat presentation, guna software ringan dan mungkin ingin menghilangkan bosan dengan bermain game-game yang tidak terlalu berat.

Jadi untuk anda yang sedang mencari sebuah laptop bagi kegunaan harian sebagai student atau tugasan harian sekali pun, anda boleh tengok sini 5 laptop terbaik bawah RM2000 bagi tahun 2021 ini.

5 Laptop Terbaik Bawak RM2000 Sesuai Untuk Student Universiti

Laptop yang baik, adalah mempunyai processor yang baik seperti Intel i3, RAM sekurang-kurangnya 4GB DDR4, memori menggunakan SDD dan beberapa lagi. 

1.   Acer Swift 1 SF114-32-P660

laptop terbaik bawah rm2000 untuk student

Laptop Acer Swift 1 ini dikuasakan oleh Intel Pentium sahaja tetapi ianya memberikan kuasa bateri yang baik sehingga mampu bertahan selama 17 jam. Selain itu, ianya masih menggunakan SDD dan DDR4 yang pastinya memberi pengalaman yang baik kepada penggunanya.

Processor : Intel® Pentium® Silver N5000 | Skrin : 14.0-inch display with IPS | Graphics : Intel® UHD Graphics 605 | RAM : 4GB DDR4 | Memori : 256GB SSD | Bateri : 3-Cell Li-ion 54 Wh Battery (est 17 hours)


2. HP Laptop 15s-du1036TU

laptop terbaik bawah rm2000 untuk student

Laptop HP ini menggunakan processorIntel i3 yang pastinya mampu menampung kegunaan anda untuk download file, buka microsoft office, buat presentation dan sebagainya. Selain itu, ianya juga menggunakan DDR4 dan SSD yang memberi penambahan kelajuan kepada laptop ini. Selain itu, laptop ini antara skrin terbesar berbanding senarai lain. Memang puas la kalau nak buat kerja atau sambil-sambil tengok movie kan.

Processor : Intel® Core™ i3-10110U | Skrin : 15.6-inch | Graphics : Intel® UHD Graphics | RAM : 4GB DDR4 (2-slots) | Memori : 256GB SSD | Bateri : 45W,3-Cell Batterys)

3.   Asus Laptop 14 M409B-ABV087T

laptop terbaik bawah rm2000 untuk student

Satunya laptop dalam senarai yang menggunakan AMD processor beserta grafik AMD Radeon R4. Ini kalau nak bukan Adobe Photoshop ke nak edit video ke, takda masalah lah. Lagi pun diberi juga 4GB RAM dan kuasa SSD. Memang laju la kalau nak buat kerja guna laptop ni.

Processor : AMD® A9-9425 Processor | Skrin : 14.0-inch LED-backlit HD | Graphics : AMD Radeon R4 | RAM : 4GB DDR4 (2-slots) | Memori : 256GB SSD | Bateri : 2-Cell 32 Wh Battery


4.   Acer Aspire 5 A514-53-32TN

laptop terbaik bawah rm2000 untuk student

Sedikit baik berkaitan grafik berbanding Intel HD yang lain. Laptop Acer Aspire 5 ini dikuasakan oleh Intel i3 beserta Intel UHD Graphics 620. Nak main game ringan dan separa ringan tu, boleh sangat la. Tapi jangan lupa tau, untuk belajar juga. Jangan nak main game je selalu.

Processor : Intel® Core i3-1005G1 | Skrin : 14-inch HD Slim Bezel | Graphics : Intel® UHD Graphics 620 | RAM : 4GB DDR4 (2-slots) | Memori : 256GB SSD | Bateri : 40W,3-Cell Battery




5.   Dell Inspiron 14-3467

laptop terbaik bawah rm2000 untuk student

Laptop terbaik bawah RM2000 yang anda boleh dapatkan bagi senarai terakhir adalah Dell Inspiron. Laptop ini sama seperti yang lain menggunakan Intel i3 berkuasa tinggi. Selain itu, ianya memberi kapasiti memori sehingga 1TB yang mampu menyimpan sangat banyak file dan kerja anda, tanpa external hard disk lain. Walaupun ianya hanya ditawarkan HDD sahaja dan bukan SDD, tapi ia pastinya memberi kepuasan kepada anda sebagai pelajar universiti.

Processor : Intel® Core™ i3-6006U | Skrin : 14.0-inch HD | Graphics : Intel HD Graphic | RAM : 4GB DDR4 (2-slots) | Memori : 1TB HDD | Bateri : 40 WHr, 4-Cell Battery (Boleh Dicabut)

Post a Comment

Previous Post Next Post