Tahniah! Ini Senarai Pemenang Vokal Mania 2020 Musim Pertama

Senarai Pemenang Vokal Mania 2020 Musim Pertama

Tahniah kepada Rookie dan Idol yang telah memenangi pertandingan Vokal Mania 2020 untuk musim pertama ini.

Vokal Mania 2020 merupakan pertandingan nyanyian yang menampilkan 2 kategori peserta iaitu barisan penyanyi amatur digelar Rookie manakala 4 penyanyi profesional digelar Idol. 4 penyanyi (Aina Abdul, Indah Ruhaila, Tomok dan Lan Solo) akan berentap melawan Rookie setiap minggu seramai 4 peserta untuk 6 minggu.

Akhirnya hanya 4 peserta dipilih untuk ke pusingan akhir iaitu Danial Chuer, Aisha Retno, Alif Kadim dan Eranzz Lambert. Rookie dan Idol akan diadili 70% daripada markah juri dan 30% daripada undian di laman web Vokal Mania. Juri tetap iaitu Misha Omar dan Yusri Abdu Halim mengadili setiap minggu sehingga minggu akhir dan disertai dengan juri jemputan iaitu Adibah Noor.

Dato AC Mizal dibantu oleh Azira Shafinaz sebagai pengacara bersama mengemudi setiap minggu. Pemenang Idol akan membawa pulang RM50,000 dan RM30,000 bagi Rookie termasuk rakaman sebuah lagu dan kerusi gaming daripada Tomaz. 

Pada malam tersebut juga dimeriahkan persembahan artis seperti Masdo dan Haqiem Rusli. Selain itu juga, bekas peserta dari kalangan Rookie juga turut membuat persembahan seperti Nuha Bahrin, Aufahanie, Qiem Churros dan ramai lagi.

Senarai Pemenang Vokal Mania 2020 Musim Pertama

Senarai Pemenang Vokal Mania 2020 Musim Pertama

Senarai Pemenang Vokal Mania 2020 Musim Pertama

Senarai Pemenang Vokal Mania 2020 Musim Pertama

Senarai Pemenang Vokal Mania 2020

Barisan peserta Rookie dan Idol telah membuat 2 persembahan iaitu persembahan solo dan juga battle. Danial Chuer lawan Ainal AbdulAisha Retno lawan Lan Solo , Alif Kadim lawan Indah Ruhaili dan Eranzz Lambert lawan Tomok. Vokal Mania 2020 bersiaran pada Sabtu jam 9 malam di TV3 dan Youtube TV3 Malaysia.

BACA : Saksikan Vokal Mania TV3 Setiap Minggu

Juara

Idol : Aina Abdul
Rookie : Aisha Retno

Post a Comment

Previous Post Next Post