Jom Sertai Survey Daripada KKM. Adakah Anda Setuju Atau Menolak Vaksin COVID-19?

Adakah Anda Setuju Atau Menolak Vaksin COVID-19?

KKM mempelawa orang ramai bagi sertai survey atau tinjauan dibuat bagi penerimaan atau penolakan suntikan vaksin COVID-19.

Melalui perkongsian di facebook, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengajak orang ramai untuk menjawab survey berkaitan vaksin COVID-19.

Ianya bertujuan untuk mengenalpasti pandangan rakyat berkaitan penerimaan atau penolakan vaksin COVID-19 di Malaysia. Adakah anda terima atau menolak vaksin ini.

Sebelum ini, Menteri Agama telah mengumumkan dimana hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus bagi umat Islam di Malaysia.

Setakat ini, Kerajaan masih tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan dimana vaksin COVID-19 adalah wajib bagi setiap orang. Jadi sebelum bekala vaksin sampai pada tahun 2021 kelak, ianya masih belum diwajibkan bagi setiap rakyat Malaysia.

Vaksin COVID19; Terima Atau Tolak?

Adakah Anda Setuju Atau Menolak Vaksin COVID-19?

Jadi untuk itu, jika anda rakyat Malaysia, adakah anda akan menerima vaksin COVID-19 kelak apabila ia tiba di Malaysia? Untuk itu, anda boleh jawab tinjauan ini di Google Form yang disediakan oleh pihak KKM ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post