Cara Daftar PosOnline Dan Cara Buat Deposit Simpanan Tabung Haji Secara Online

Cara Daftar PosOnline Dan Cara Buat Deposit Simpanan Tabung Haji Secara Online

Jika anda baru sahaja menggunakannya, anda boleh ikuti langkah ini beserta cara daftar posonline dan juga membuat simpanan dan deposit ke Tabung Haji secara online sahaja.

Perkhidmatan simpanan ke Tabung Haji kini lebih mudah apabila Pos Malaysia telah memperkenalkan kaedah penyimpanan secara online sahaja. Jadi anda boleh buat dimana-mana dan pada bila-bila masa sahaja.

BACA : Cara Daftar Akaun THiJARI Dan Semak Baki Akaun

Perkhidmatan deposit Tabung Haji secara online di Posonline diperkenalkan sehubungan penamatan perkhidmatan ini secara manual di kaunter Pos Malaysia. Perkhidmatan deposit simpanan Tabung Haji di semua kaunter pejabat pos akan ditamatkan bermula 2 Jan 2021. Jadi jika anda masih menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia, anda boleh terus buat deposit melalui PosOnline sahaja.

Cara Deposit Simpanan Tabung Haji Di PosOnline

Bagi yang tidak biasa, jangan risau disini akan disediakan tutorial cara deposit simpanan Tabung Haji bersama gambar sekali yang terbaru untuk tahun 2020.

Untuk membolehkan anda membuat deposit simpanan, anda perlu daftar akaun PosOnline terlebih dahulu. Jom kita tengok caranya dibawah

#1 - Cara Daftar PosOnline

Untuk permulaan anda perlu daftar akaun PosOnline dengan klik pada pilihan Sign Up dan masukkan emel anda yang aktif (pastikan mudah diakses)

Cara Daftar PosOnline

Kemudian masukkan butiran seperti Nama Penuh, Password beserta nombor telefon. Jika sudah klik "Sign Up"

Cara Daftar PosOnline

Anda akan menerima emel daripada Pos Malaysia dan perlu klik "Confirm Account" untuk mengaktifkan akaun anda tersebut. Selesai! 

Cara Daftar PosOnline

Anda sudah boleh mula Log In akaun PosOnline menggunakan alamat emel dan password yang anda sudah tetapkan sebentar tadi.

Cara Daftar PosOnline

#2 - Cara Deposit Simpanan Tabung Haji

Pergi ke laman web www.posonline.com.my dan klik pada tab Bill Payment > Others > Tabung Haji > Lembaga Tabung haji

Cara Deposit Simpanan Tabung Haji Guna PosOnline

Anda perlu Log In terlebih dahulu jika belum. Untuk permulaan, anda perlu penuhi butiran peribada pada bahagian "Personal Info". Masukkan butiran seperti Nombor kad pengenalan, Jantina, Alamat Rumah, No. Telefon, dan Nama Ibu. Jika sudah selesai, klik "Save"

Cara Deposit Simpanan Tabung Haji Guna PosOnline

Pergi pada bahagian "Bill Payment" dan cari Lembaga Tabung Haji di ruangan Search. Jika sudah jumpa, klik "Enter Payment"

Cara Deposit Simpanan Tabung Haji Guna PosOnline

Disini anda masukkan segala butiran Akaun Tabung Haji anda seperti Nombor Akaun, Nama Anda, Nombor IC dan juga jumlah deposit yang anda ingin buat.

Jika sudah, klik pada "Add To Cart"

Cara Deposit Simpanan Tabung Haji Guna PosOnline

Untuk mula buat deposit, klik pada "Payment Cart" dan akan dipaparkan butiran bayaran anda berkaitan deposit simpanan Tabung Haji. Jika betul, klik "Proceed To Checkout"

Cara Deposit Simpanan Tabung Haji Guna PosOnline

Disini terdapat banyak cara yang anda boleh buat deposit melalui akaun bank (internet banking). Jika anda menggunakan Bank Muamalat, Bank Islam, Hong Leong Bank dan Public Bank, tiada caj tambahan dikenakan. 

Sebaliknya, jika anda menggunakan perkhidmatan FPX iaitu daripada bank yang disenaraikan (Maybank, CIMB, Bank Rakyat dan sebagainya), ada dikenalkan caj tambahan 50sen bagi setiap transaksi.

BACA : Cara Pindahkan Wang Daripada Maybank Ke Akaun Tabung Haji Secara Online

Contoh bayaran menggunakan Bank Islam (tiada caj tambahan)

Klik pada ikon Bank Islam dan klik "Proceed Your Payment"

Cara Deposit Simpanan Tabung Haji Guna PosOnline

Kemudian Log In akaun perbankan internet Bank Isla anda seperti biasa dan buat bayaran mengikut arahan yang ditetapkan. Selesai!

Cara Deposit Simpanan Tabung Haji Guna PosOnline

Post a Comment

Previous Post Next Post