Senarai Pemenang Anugerah MeleTOP ERA 2020

Senarai Pemenang Anugerah MeleTOP ERA 2020

Mana yang terlepas tengok live tadi, anda boleh tengok sini senarai penuh pemenang Anugerah MeleTOP ERA 2020 bagi 15 kategori yang dipertandingkan.

Nampaknya AME2020 kali ini ada kejutanlah apabila Kamal Adli secara langsung melamar Uqasha Senrose di atas pentas. Pastinya menjadi moment indah bagi Kamal Adli dan juga Anugerah MeleTOP ERA ini sendiri. Kamal menang besar malam tu gayanya!

Kemeriahan itu tidak terbatas walaupun dilakukan dalam norma baharu dimana keberadaan penonton adalah terhad disamping pemakaian face mask dan juga penjarakan fizikal bagi setiap mereka yang datang termasuklah 3 hos yang mengacarakan acara ini.

3 hos tampil hebat di atas pentas iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Zizan Rasak. Selain itu diserikan lagi dengan persembahan pentas daripada Floor 88, Zynakal, Ernie, Dolla, K-Klique, Aina Abdul, Misha Omar dan ramai lagi.

Senarai Pemenang Anugerah MeleTOP ERA 2020

Senarai Pemenang Anugerah MeleTOP ERA 2020

Senarai Pemenang Anugerah MeleTOP ERA 2020

Anugerah MeleTOP ERA 2020 telah berlangsung secara langsung dari PICC dan terus dipancarkan ke saluran Astro Ria bermula jam 9 malam. Pada malam tersebut juga telah dipetandingkan 15 kategori yang kesemuanya telah diundi oleh peminat sendiri. Selain daripada itu, pastinya anugerah yang ditunggu-tunggu iaitu Anugerah Top MeleTOP ERA 2020

Senarai Pemenang Anugerah MeleTOP ERA 2020

Fesyen MeleTOP
Syafiq Kyle

Couple MeleTOP
Hanis Zalikha & Hairul Azreen

Si Cilik MeleTOP
Alisa Aisyah (Hanis Zalikha & Hairul Azreen)

Influencer MeleTOP
Syahmi Sazli Production

Hos MeleTOP
Alif Satar (Big Stage)

Artis Baharu MeleTOP
Han Byul (Big Stage S2)

Program MeleTOP
Sepahtu Reunion Live 2019

Artis Versatil MeleTOP
Siti Nordiana (Pelakon, Penyanyi, Online)

Grup/Duo MeleTOP ERA
Khai Bahar & Siti Nordiana (Satukan Rasa)

Lagu MeleTOP ERA
Lembah Kesepian (Haqiem Rusli)

Drama MeleTOP
Sweet Dreams (Astro RIA)

Pelakon MeleTOP
Ben Amir

Penyanyi MeleTOP ERA
Haqiem Rusli

Bintang Filem MeleTOP
Syafiq Kyle

Filem MeleTOP
Ejen Ali The Movie

Anugerah Khas MeleTOP
Frontliner KKM (Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah)

Anugerah Wira MeleTOP
Ustaz Ebit Lew

Anugerah Top Top MeleTOP Grup/Duo
Khai Bahar/Siti Nordiana

Anugerah Top Top MeleTOP Wanita
Siti Nordiana

Anugerah Top Top MeleTOP Lelaki
Haqiem Rusli

Post a Comment

Previous Post Next Post