Cara Pindahkan Wang Daripada Maybank Ke Akaun Tabung Haji Secara Online

Cara Pindahkan Wang Daripada Maybank Ke Akaun Tabung Haji Secara Online

Jika anda berhajat untuk transfer atau pindahkan wang daripada Maybank ke akaun Tabung Haji, anda boleh buat melalui online sahaja. Lepas ni tak perlu lagi untuk anda keluarkan wang daripada Maybank dan bank-in ke akaun Tabung Haji.

Sekarang zaman teknologi dan banyak perkara yang boleh kita lakukan secara dalam talian atau secara online sahaja termasuklah pindahkan wang ke akaun bank.

Dengan itu, anda tak perlu lagi keluar rumah bersusah payah. Beratur di mesin ATM, kemudian beratur di kaunter Tabung Haji semata-mata untuk masukkan wang anda.

Cara online ini sekali gus, menjimatkan masa kita, menjimatkan perbelanjaan untuk memandu ke bandar dan mencari mesin ATM. Kan guna duit untuk minyak petrol. Guna je teknologi online yang disediakan sekarang ini.

BACACara Semak Baki Tabung Haji Secara Online Menggunakan THiJARI

Jadi jom kita tengok, cara pindahkan wang daripada Maybank ke akaun Tabung Haji secara online sahaja. Kaedah lebih mudah dan pantas.

Cara Pindah Wang Secara Online Daripada Maybank Ke Tabung Haji

Untuk permulaan, anda perlu sambungkan atau link kan akaun Tabung Haji anda dengan akaun Maybank. Anda perlu pergi ke mesin ATM Maybank buat pertama kali. Selepas ini tak perlu lagi.
  1. Masukkan kad ATM Maybank anda beserta Nombor pin di Mesin ATM
  2. Pilih menu Tabung Haji
  3. Pilih menu Daftar Akaun TH ke ATM kad
  4. Masukkan nombor akaun TH anda
  5. Masukkan nombor siri buku akan TH anda
  6. Nombor akaun dan nombor siri buku akaun TH anda akan dipaparkan. Klik Ya
ara Pindahkan Wang Daripada Maybank Ke Akaun Tabung Haji Secara Online

Untuk sambungkan akaun bank lain ke akaun Tabung Haji, anda boleh lihat dan baca di pautan ini Cara Sambungkan Akaun Bank Dengan Akaun Tabung Haji.

Transfer Daripada Maybank Ke Tabung Haji

Pastikan anda mempunyai perbankan Internet Maybank2u.

1.   Pergi ke laman www.maybank2u.com.my

2.   Kemudian pilih Pay & Transfer di bahagian atas

ara Pindahkan Wang Daripada Maybank Ke Akaun Tabung Haji Secara Online

3.   Kemudian anda pilih Tabung Haji

ara Pindahkan Wang Daripada Maybank Ke Akaun Tabung Haji Secara Online

4.   Pada bahagian ini, pilih mengikut akaun Tabung Haji mana yang anda mahu

Transfer From : Pilih akaun Maybank anda

Transfer To : Anda diberi pilihan, sama ada untuk pindahkan ke Own Tabung Haji (akaun anda) atau Other Tabung Haji (akaun orang lain)

Kemudian anda klik akaun Tabung Haji yang sudah disambungkan tadi atau masukkan nombor akaun Tabung Haji

ara Pindahkan Wang Daripada Maybank Ke Akaun Tabung Haji Secara Online

5.   Akhir sekali, masukkan jumlah wang yang anda mahu pindahkan beserta Reference. Kemudian klik Transfer. Selesai!

Anda akan dicaj RM1 bagi setiap transaksi.

ara Pindahkan Wang Daripada Maybank Ke Akaun Tabung Haji Secara Online

Dengan adanya cara pindahkan wang daripada Maybank ke akaun Tabung Haji ini secara online, ianya menjadi lebih mudah. 

Jika anda rasa ianya bermanfaat, jangan lupa kongsikan artikel ini di media sosial anda. Terima kasih.

Post a Comment

Previous Post Next Post