Senarai Jadual Suhu Dan Masa Memasak Untuk Guna Air Fryer

Senarai Jadual Suhu Dan Masa Memasak Untuk Guna Air Fryer

Jika anda mempunyai Air Fryer dan tak tahu nak set up macam mana. Anda boleh lihat sini senarai jadual suhu dan masa memasak untuk guna Air Fryer.

Alat perkakas Air Fryer sekarang ni sepertinya menjadi alatan dapur moden yang terkenal dan wajib ada bagi setiap rumah. 

Air Fyer merupakan perkakas dapur untuk memasak atau menggoreng tetapi hanya menggunakan angin panas sahaja. Yang lebih menarik sebab ianya sangat terkenal di Malaysia kerana anda boleh goreng masakan kegemaran anda tanpa minyak. Sekali gus menjadikan makanan tersebut selamat dan sihat untuk kesihatan kita.

Tapi setiap makanan yang di fry kan mestilah betul dengan keadaan makanan tersebut. Oleh itu anda perlu tetapkan suhu dan masa memasak yang betul apabila menggunakan Air Fryer. Kebiasaanya setiap Air Fryer disediakan panduan manual untuk masakan.

BACA : Senarai Jenama Air Fryer Terbaik Yang Anda Boleh Dapatkan Untuk Tahun 2020

Tetapi jika tiada panduan, mungkin anda boleh gunakan panduan ini bagaimana tetapkan suhu dan masa memasak menggunakan Air Fryer dengan betul. Ianya juga bergantung kepada jenis Air Fryer anda juga tau.

Senarai Jadual Suhu Dan Masa Memasak Untuk Guna Air Fryer

Kebiasaanya tetapan suhu yang digunakan Air Fryer di Malaysia menggunakan degree celcius (°C) dan masa dalam minit (m). Jom tengok jadual suhu dan masa memasak bagi jenis-jenis makanan yang disenaraikan.

Senarai Jadual Suhu Dan Masa Memasak Untuk Guna Air Fryer

Jenis Makanan Suhu (°C) Masa (Min)
Ikan cencaru sumbat 200 15
Ikan keli 200 10 + 7
Ikan kembung 160 20
Ikan steam 160 40
Ikan bilis 160 10
Salmon grill 180 20
Fish ball 180 10
Sate ikan lokcing 150 20
Telur masak penuh 160 10
Telur separuh masak 160 10
Telur dadar (letak minyak siki) 160 10
Telur rebus 160 14
Jagung bakar sapur marjerin 170 20
Pisang karamel 180 10
Pisang goreng tepung 200 5
Keropok lekor gaul minyak 180 15
Keropok/kerepek keping 160 5
Kerepek crab stik 160 10
Papadom 170 10
Tempe 160 15
Cendawan tepung 160 20+10
Ayam seekor 230 30
Ayam bakar 180 10+10
Ayam panggang 140 45
Ayam goreng tepung 160 40
Daging hiris bakar 180 15+15
Lamb chop 180 16
Sotong kari kering 200 10
Sotong kukus 180 25
Daging burger 180 7+7
Nugger & sosej 180 10
French fries 150 10
Roti telur tak goyang 180 5
Roti bakar cheese 180 5
Brownies 140 50
Chocolate muffin 160 12
Donat segera 140 5
Roti canai segera 180 5
Samosa 140 20
Jemput-jemput 180 10+10
Bergedil 170 13
Pizza 160 20
Tauhu goreng 180 20
Kacang gajus 140 5
Kacang tanah 160 15

Diharap perkongsian tetapan dan jadual suhu dan masa untuk Air Fryer ini berguna kepada anda bagi menyediakan makanan yang kurang minyak lagi sihat selepas ini.


Post a Comment

Previous Post Next Post