Senarai 9 Produk Gardenia Naik Harga Bermula 1 Disember Ini

https://www.facebook.com/GardeniaKL

Terdapat 9 produk Gardenia yang dilaporkan akan naik harga bermula 1 Disember 2020 ini. Kenaikkan dianggarkan sekitar 20 sen.

Hari ini tular sebuah gambar apabila menunjukkan senarai produk Gardenia akan naik harga pada awal Disember kelak. 

Menurut laporan, kenaikkan ini adalah disebabkan kenaikan harga kos bahan mentah seperti susu, sayuran, serbuk kok dan kos pembungkusan. Jadi pihak Gardenia perlu menyeleraskan harga kerana keadaan semasak.

Walaubagaimanapun, bukan semua produk Gardenia yang akan mengalami kenaikkan harga. Roti buku kegemaran rakyat Malaysia sepertinya tiada dalam senarai kenaikkan harga. Roti coklat, vanila dan lain-lain juga tiada dalam senarai. Jadi apa yang tersenarai? Jom kita tengok.

Senarai Produk Gardenia Yang Naik Harga

Berdasarkan notis yang dikongsikan oleh pihak Gadenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd terdapat 9 produk yang terlibat dengan kenaikkan harga sehingga 20 sen. Senarai harga baru itu adalah seperti jadual dibawah

Senarai 9 Produk Gardenia Naik Harga Bermula 1 Disember Ini


Produk Harga Baru
Delicia Butterscoth RM4.70
Delicia Choco Raisin RM4.70
Delicia Raspberry Milk & Cranberries RM4.70
Toast'em Butter Raisin RM4.70
Squiggles Choco Maito RM1.10
Squiggles Funky Strawberry RM1.10
Delicia Soft Roil Butter Toffee RM1.10
Fluffy Bun Red Bean (single bun) RM1.10
Delicia Sambal Bilis RM1.10

Beberapa harga produk dinaikkan kepada RM4.70 iaitu kenaikkan sebanyak 20 sen manakala beberapa produk diselaraskan kepada RM1.10. Produk yang tidak disenaraikan, tidak akan mengalami kenaikan harga kali ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post