Kini Anda Boleh Mute Whatsapp Personal Dan Group Chat Selamanya

Kini Anda Boleh Mute Whatsapp Personal Dan Group Chat Selamanya

Kenapalah dia tak perkenalkan dulu lagi ciri ni di Whatsapp. Lepas ni dah boleh la mute kan personal atau mana-mana group chat yang anda rasa 'terlalu bising'.

Di era zaman internet ni, mungkin SMS sudah kurang digunakan kecuali jika tiada sambungan internet dan anda memerlukan komunikasi antara yang lain. Jika ada internet, Whatsapp antara platform komunikasi yang paling banyak dan mudah digunakan.

Siapa je tiada akaun Whatsapp ni. Anda ada smartphone, internet dan nombor telefon, anda boleh gunakan Whatsapp untuk berhubung. Banyak ciri-ciri Whatsapp yang lebih memudahkan pengguna antaranya adalah Group Chat. Fungsi ini membolehkan kita himpunkan orang ramai di dalam sebuah group untuk lebih mudah berhubung. 

Anda mungkin ada group sekolah, group tempat kerja, group ahli persatuan, group study, group bawang, group perkongsian dan sebagainya.

Tetapi ciri ini ada sedikit rasa kurnag 'enak' apabila ahli kumpulan terlalu ramai dan mereka mula berborak tanpa henti siang dan malam di dalam group itu. Mungkin ada yang perlukan group itu untuk ketahui maklumat lebih pantas tetapi tak sangka perlu menghadap chatting yang bertalu-talu daripada ahli kumpulan dan menyebabkan notifikasi berbunyi setiap masa. 

Kini Anda Boleh Mute Whatsapp Personal Dan Group Chat Selamanya

Whatsapp sebelum ini tampil dengan ciri mute atau erti kata lain bisukan notification dan popup daripada group chat. Anda boleh mute kan selama 8 jam, seminggu atau setahun. Jadi selepas habis tempoh tersebut, anda kena aktifikan lagi fungsi mute tersebut.

Tak cukup dengan itu, kali ini Whatsapp tambah baik apabila memperkenalkan mute personal chat atau group chat untuk selamanya. Jadi anda masih boleh duduk di dalam group tersebut tanpa menerima notifikasi dan popup daripada 'chatting bertalu-talu' daripada ahli group tersebut. Lebih menarik kan.

Cara Mute Kan Personal Atau Group Chart Whatsapp

Untuk menggunakan ciri ini, anda hanya perlu kemaskini aplikasi Whatsapp anda kepada versi terbaru sahaja. Anda boleh update melalui Play Store atau App Store. Jom tengok cara mute group chat Whatsapp

Anda pilih mana-mana personal chat kawan-kawan 'annoying' anda atau mana-mana group chat yang anda mahu mute tersebut. 

cara mute whatsapp selamanya

Anda "tekan dan tahan" untuk beberapa saat, kemudian klik pada "ikon sound". Selepas itu anda boleh pilih 8 hours, 1 week atau Always. Jika anda mahu bisu kan untuk selamanya, pilih "Always" dan tekan OK.

cara mute whatsapp selamanya

Selepas ni, tiada lagi notifikasi yang anda akan terima daripada group chat tersebut. Selesai masalah kan. Tiada siapa yang terasa.

Post a Comment

Previous Post Next Post