Whatsapp Memperkenalkan 3 Ciri Terbaru Untuk Penggunanya

Whatsapp Memperkenalkan 3 Ciri Terbaru Untuk Penggunanya

Whatsapp telah memperkenalkan 3 ciri terbaru pada aplikasi tersebut kepada semua penggunanya. Kini anda sudah boleh menggunakan dan nikmati perubahan baru tersebut.

Aplikasi Whatsapp merupakan aplikasi komunikasi yang popular di seluruh dunia. Ianya digunakan bagi tujuan komunikasi antara pengguna lain dengan hanya menggunakan sambungan internet dan ianya boleh digunakan secara percuma.

Sebelum ini, aplikasi tersebut hanya boleh digunakan di telefon pintar sahaja, tetapi kini anda boleh menggunakan di web dan juga desktop. Jadi anda tidak lah bergantung sepenuhnya pada telefon jika anda perlu menghadap komputer ketika kerja atau belajar. Tetapi perlu diingatkan, pastikan telefon anda sentiasa bersambung dengan internet untuk dapatkan akses Whatsapp di web dan desktop.

Tidak cukup dengan itu, baru-baru ini, Whatsapp sekali lagi memperkenalkan 3 ciri utama yang terbaru bagi semua pengguna Whatsapp di seluruh dunia termasuk Malaysia. 3 ciri utama tersebut adalah mod gelap pada whatsapp web, pelakat beranimasi dan kod QR.


Untuk dapatkan ciri ini anda perlu kemaskini aplikasi di smartphone melalui Play Store atau Apps Store. Manakala untuk website web, anda boleh pergi ke pautan web.whatsapp.com

1.  Mod Gelap Pada Whatsapp Web

Sebelum ini, Whatsapp sudah lepaskan kemaskini mod gelap pada aplikasi Whatsapp dan kini anda boleh dapatkan mod gelap tersebut di Whatsapp Web. Ciri ini pastinya baik untuk pengguna yang selalu menggunakan komputer dan selalu menatap skrin. Sedikit sebanyak akan mengurangkan pencahayaan putih pada mod terang.

Untuk anda dapatkan ciri mod gelap ini, anda boleh pergi whatsapp web
  1. Pada bahagian laman utama, anda klik 3 titik dibahagian kanan atas
  2. Kemudian pilih dan klik Setting
  3. Pilih dan klik Theme
  4. Untuk hidupkan mod gelap, anda klik pada Dark dan tekan OK
Mod Gelap Pada Whatsapp Web

2.  Pelakat Beranimasi (Animated Sticker)

Kini pelakat tau sticker yang ada di Whatsapp boleh beranimasi atau bergerak. Jika tidak sebelum ini, kesemua pelakat yang ditawarkan tidak boleh bergerak dan ianya statik seperti sebuah pelakat biasa. Kalau nak bergerak, kena guna gif la. Tapi kini tidak lagi, Whatsapp sudah mengemaskini untuk update terbaru dengan menawarkan pelakat beranimasi. Lagi best la kalau nak chat dengan rakan atau keluarga.

Pelakat Beranimasi (Animated Sticker)

3. Kod QR Untuk Mula Chat

Ciri seterusnya antara yang paling menarik adalah pengenalan Kod QR bagi memulakan chat dengan pengguna Whatsapp lain. Kebiasannya, jika anda ingin menambah kenalan anda perlu simpan atau save nombor telefon pengguna tersebut dan barulah boleh mulakan chat di Whatsapp. 

Tetapi dengan ciri terbaru ini tidak lagi. Anda kini boleh imbas atau scan sahaja Kod QR yang disediakan bagi setiap pengguna Whatsapp dan terus boleh mulakan sesi whatsapp. Sepertinya, ini sangat sesuai untuk seller, tak perlu share no telefon dah. Hanya perlu kongsikan Kod QR sahaja lepas ni.

Kod QR Untuk Mula Chat

Caranya, anda pergi ke 3 titik yang berada di atas kanan, kemudian klik Setting. Anda klik ikon Kod QR pada bahagian kanan gambar anda. Kemudian akan dipaparkan Kod QR anda.


Untuk ketahui lebih lanjut boleh lihat di pautan blog.whatsapp.com 

Post a Comment

Previous Post Next Post