Kini Semua Orang Boleh Dapatkan Play Station 5 Dengan... Filter 'PS5 Box'

Kini Semua Orang Boleh Dapatkan Play Station 5 Dengan... Filter 'PS5 Box'

Adakah ianya berita baik atau biasa sahaja, anda tentukan. Tetapi berita baiknya, kini semua orang boleh dapatkan PlayStation 5 dengan percuma tetapi hanya melalui filter 'PS5 Box'. Itu la beritanya.

Mungkin anda perasan beberapa jam yang lepas, anda dapat lihat kawan-kawan anda telah dapatkan pemain konsol terbaru PlayStation 5 melalui perkongsian gambar mereka. Tidak cukup dengan itu, dikongsikan pula dengan video. Mana mereka dapat?

Jika anda lihat betul-betul sebenarnya ianya merupakan gambar yang disunting menggunakan Augmented Reality atau AR atau bahasa paling mudah adalah Instagram Filter

Filter ini telah dicipta oleh AR On Everything yang membolehkan anda dapatkan gambar seolah-olah anda peroleh kotak PS5. Dengan itu, anda boleh la 'show-off' dengan rakan anda yang anda sudah dapat PS5 walaupun hakikatnya tidak.

Cara Dapatkan Filter Instagram PS5 Box

Anda boleh dapatkan filter PS5 melalui Instagram Story. Kemudian anda pergi ke bahagian Effect dan cari "Browse Effects". Anda hanya perlu cari dan taip PS5 Box. Dengan itu, anda boleh gunakan effect tersebut untuk letakkan 'Kotak PS5' diatas permukaan rata.

cara guna filter ps5 box di instagram stories

Anda boleh cuba di akaun Instagram anda sekarang. Setakat ini, tiada lagi berita agaknya PlayStation 5 akan memasuki pasaran Malaysia. Tambahan lagi dengan keadaan pandemik yang masih lagi berlaku di seluruh dunia. 

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended