Penstriman Siar.my Diperkenalkan Bagi Kandungan Filem Klasik Tempatan Dan Yang Terkini

Penstriman Siar.my Diperkenalkan Bagi Kandungan Filem Klasik Tempatan Dan Yang Terkini

Satu berita baik kepada peminat filem klasik tempata khususnya dimana, sebuah platform penstriman baru diperkenalkan iaitu siar.my - klasik & nostalgia.

Mungkin ada antara peminat filem lama tertanya-tanya bagaimana untuk dapatkan kandungan filem-filem tersebut pada era moden ini. Masih adakah kandungan tersebut untuk diulang siar sama ada di televisyen atau dimana-mana platform digital. Segala persoalan itu, kini terjawab dengan adanya platform penstriman siar.my ini. 

SIAR merupakan perkhidmatan penstriman yang menawarkan filem tempatan, merangkumi pelbagai genre sepanjang zaman. Pelbagai siaran filem boleh dinikmati pada bila-bila masa dan di mana sahaja dengan kadar langganan yang rendah dan berpatutan.

SIAR menawarkan variasi genre dan kategori filem Melayu tempatan. Pelbagai koleksi filem-filem klasik, nostalgik serta terkini ada disediakan. dan format High Definition (HD). 

Penstriman Siar.my Diperkenalkan Bagi Kandungan Filem Klasik Tempatan Dan Yang Terkini

SIAR - Klasik & Nostalgik

Kerana ianya baru dilancarkan, setakat ini melalui perkongsian orang ramai di twitter, terdapat hanya 20+ kandungan antaranya adalah Menanti Hari Esok, Tiada Esok Bagimu dan sebagainya. Katanya lagi, Di penghujung November, pihak SIAR akan menambah hingga 100 koleksi filem.

Jika berminat, anda boleh langgan dengan harga serendah RM10/sebulan atau RM100/setahun. Anda hanya perlu pergi ke laman web siar.my dan "log masuk" ke akaun SIAR yang berdaftar dan selesaikan bayaran. Hanya satu akaun yang boleh diakses dalam satu masa. 

Walaupun ianya masih baru dan koleksi filem masih terhad, tetapi ini merupakan permulaan yang baik bagi filem klasik & nostalgik ini. Mungkin lepas ni boleh tengok filem P.Ramlee, Nordin Ahmad dan filem-filem lama yang lain kan. Tapi filem baru pun ada ni.

Jika anda ada sebarang persoalan, anda boleh email kepada pihak SIAR di hai@siar.my

Post a Comment

Previous Post Next Post