5 Smart TV Terbaik Harga Bawah RM500 Untuk Tahun 2023

5 smart tv terbaik bawah rm500 tahun 2023

Anda bercadang nak dapatkan smart tv baru, anda boleh tengok sini senarai 5 smart tv terbaik harga sekitar RM500 untuk tahun 2023.

Zaman internet sekarang, rata-rata pengguna mahu mencari Smart TV berbanding Digital TV biasa. Smart TV berkelebihan dengan sambungan Internet menerusi WiFi. Jadi anda boleh strim Netflix, Youtube, Prime Videos terus di tv sahaja.

BACA : 6 Smart TV Terbaik Harga Bawah RM2000 Untuk Tahun 2022

Selain itu juga, jika anda tidak menggunakan sambungan tv setelit berbayar, anda tetap boleh menonton tv melalui aplikasi strim yang disediakan menerusi aplikasi daripada Play Store. Anda juga boleh main game terus dari tv, mirroring daripada smartphone anda dan banyak lagi fungsi menarik yang disediakan pada smart tv.

Sekarang pun Smart TV yang dijalankan menerusi sistem Android pun dah murah. Anda boleh tengok sini senarai Smart TV dengan harga sekitar RM500 sahaja untuk tahun 2023 ni. Jadi apa tunggu lagi, jom kita tengok.

5 Smart TV Terbaik Harg Sekitar RM500 Untuk Tahun 2023

Harga semasa yang disenaraikan disini berpandungkan harga jualan di Shopee dan Lazada. Mungkin ada perubahan dari masa ke semasa selepas ini. 

Kesemuanya senarai Smart TV ini menjalankan Android 9 dengan saiz skrin sebesar 32 inci. Cukup untuk menonton bersama keluarga. 

Juga disediakan pautan atau link pembelian bagi setiap smart tv yang disediakan iaitu melalui paltform Shopee dan Lazada. Jika berminat, anda boleh terus sahaja beli.

#1 - Sakura Smart TV 32"

Sakura Smart TV 32"

Jenama pertama smart tv yang anda boleh dapatkan adalah jenama Sakura dengan harga sekitar RM559 sahaja. Ianya disediakan dengan 1GB Ram bersama-sama RM8GB ROM untuk ruangan storage. Resolusi sehingga 1366x768 dengan kualiti HD pastinya memberika pengalaman menonton yang lebih menarik.

Walaupun ianya hanya support HD, tetapi Netflix, Youtube dan Prime Video menyokong sehingga kualiti 4K tau. Ada pula disediakan aplikasi video games. Dah boleh terus main game daripada TV sahaja. 

⏩ Beli Disini : Shopee | Lazada

#2 - Weyon Smart TV

Weyon Smart TV

Sebuah lagi jenama smart tv yang menawarkan sambungan WiFi untuk menonton rancangan yang diminiati menerusi platform Youtube, Netflix dan sebagainya. Ada sediakan Play Store tau. Anda boleh download aplikasi dan video games dan boleh terus main di TV anda.

Dengan harga mampu milik iaitu sekitar RM559, anda dapatkan sebuah smart tv 32 inci dengan kualiti HD bersama-sama storage 8GB ROM. Dengan adanya 1GB RAM, pastinya tv ini dapat bekerja dengan lancar tanpa sekat-sekat.

⏩ Beli Disini : Shopee | Lazada

#3 - Jokben Smart TV 32"

Jokben Smart TV 32"

Antara jenama smart tv yang terbaik anda boleh dapatkan harga sekitar RM500 untuk tahun 2023 ini. TV ini dijalankan bersama Android 9.0, ada Play Store, kualiti High Definition (HD) dan sambungan WiFi. 

Selain itu aplikasi terbina seperti Youtube, Netflix dan Prime Video yang menyokong sambungan sehingga 4K tau. Memang lagi cantiklah gambar kalau nak tengok filem atau siri yang ada di Netflix lepas ni.

Juga terbina dengan lebih 30 jenis permainan video yang anda boleh main bersama keluarga terus di televisyen pintar anda tersebut

⏩ Beli Disini : Shopee | Lazada

#4 - Phison Smart Android TV

Phison Smart Android TV

Jenama Phison juga menawarkan perkhidmatan yang baik sama seperti jenama-jenama lain yang disenaraikan. Ada Play Store, dijalankan dengan Android 9, skrin resolusi HD, TV LED, 1GB RAM bersama-sama 8GB Storage.

Selain aplikasi terbina seperti Youtube dan Netflix, Phison juga terbina dengan sambungan MyFreeView untuk tontonan channel arus perdana seperti RTM, TV3, TV9 dan sebagainya dan paling best dalam kualiti HD tau.

⏩ Beli Disini : Shopee - RM559| Lazada - RM599

#5 - Megra Smart LED TV

Megra Smart LED TV

Smart TV jenama Megra ini merupakan antara senarai dengan harga yang paling murah. Dengan RM499 anda boleh dapatkan sebuah smart tv yang menjalankan sistem Android 9 yang terbaru untuk tahun 2023 ini.

Selain daripada Netflix, Youtube, juga disediakan sambungan MYTV. Tak cukup dengan itu, ada juga ciri Eshare Screeen Mirroring yang membolehkan anda berkongsi skrin handphone anda terus ke tv (sesuai untuk Android dan iOS). Ianya juga terima format MP3, JPEG, AVI, MPEG dan banyak lagi. Memang berbaloi.

⏩ Beli Disini : Shopee - RM499 | Lazada

Diharap dengan senarai 5 smart tv terbaik harga sekitar RM500 untuk tahun 2023 ini memberi manfaat kepada anda yang sedang mencari tv baru dengan bajet yang sederhana. 

Post a Comment

Previous Post Next Post