Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 Episod Ketiga Malam Ini Ditunda

Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 Episod Ketiga Malam Ini Ditunda

Sehingga saat akhir, akhirnya TV3 hari ini mengumumkan pertandingan Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 (SFMM35) untuk episod ketiga yang dijadualkan berlangsung malam ini (22 November) ditunda.

SFMM35 telah masuk ke episod 3 bagi 8 lagi lagu yang sepatutnya dipertandingkan pada malam ini. Selepas 22 buah lagu telah selesai dipersembahkan dihadapan barisan juri untuk episod 1 dan episod 2 pada Jumaat dan Sabtu lepas

Muzik-Muzik Separuh Akhir Episod Ketiga Ditunda

Sepatutnya, malam ini, 22 November diumumkan juga senarai 12 buah lagi yang layak ke peringkat Anugerah Juara Lagu 35. Tetapi atas langkah keselamatan Muzik-Muzik Separuh Akhir 32 terpaksa ditunda.

Pengumuman ini dikongsikan sendiri oleh pihak TV3 melalui akaun rasmi di facebook. SFMM35 ditunda ke tarikh lain yang akan diberitahu kelak atas langkah keselamatan.

Ini mungkin tindakan susulan daripada kes jangkitan COVID-19 yang datang daripada salah seorang peserta pertandingan. Alif Satar hari ini disahkan positif COVID-19 dan untuk rekod beliau telah membuat persembahan di pentas yang sama untuk semua artis sebelum ini pada Jumaat yang lalu.

Ekoran itu, pastinya langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan penularan pandemik ini kepada orang lain dan antaranya adalah tunda ke tarikh yang lain.

Jadi tiadalah pengumuman 12 lagu yang layak ke AJL35 malam ni...

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended