Drama Perempuan Tanpa Dosa Disambung Seminggu Lagi

Drama Perempuan Tanpa Dosa Disambung Seminggu Lagi

Selepas mendapat sambutan luar biasa daripada penonton, drama Perempuan Tanpa Dosa yang disiarkan di Astro RIA disambung untuk seminggu lagi.

Keputusan ini diumumkan 2 minggu lebih awal oleh pelakon drama itu sendiri, Uqasha Senrose bersama-sama pengarah, Michael Ang di dalam program bual bicara, MeleTOP sebelum ini.

Ini bermakna, drama adaptasi novel ini pastinya mengenakan jalan cerita sendiri yang diolah sedikit daripada cerita asal supaya ianya tampak lebih menarik apabila ada extended version seperti yang diumumkan kemudian oleh Michael Ang di Instagramnya.

BACASaksikan Kesemua Episod Perempuan Tanpa Dosa Cinta Di Slot MegaDrama Astro RIA

Pada awalnya, drama Perempuan Tanpa Dosa ini bersiaran pada setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam melalui slot MegaDrama di Astro RIA dan RIA HD untuk 28 episod. Jadi disebabkan ada sambungan ianya diteruskan sehingga 33 episod.

Drama Perempuan Tanpa Dosa Disambung Lagi

Jadi dengan sambungan ini, baru-baru ini, pengarahnya Michael Ang telah kongsikan trailer untuk episod tambahan yang merupakan minggu akhir bagi drama Perempuan Tanpa Dosa ini.

Dalam perkongsian tersebut, beliau ada mengatakan, episod akhir ini, barulah anda boleh tahu apakah yang dimaksudkan dengan 'Perempuan Tanpa Dosa.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk menonton drama Perempuan Tanpa Dosa Extended Version di Astro RIA dan RIA HD pada waktu yang sama sebelum ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post