6 Smart Android TV Terbaik Harga Bawah RM2000 Untuk Tahun 2023

Smart TV Terbaik Harga Bawah RM2000 Untuk Tahun 2023

Sekiranya anda sedang mencari sebuah Smart TV dengan bajet dan harga bawah RM2000 bagi tahun 2023, ini antara cadangan terbaik untuk anda.

BACA : Smart TV Terbaik Harga Bawah RM500 Untuk Tahun 2022

Setiap Smart TV mempunyai sistem operasi yang tersendiri berbeza dengan tv plasma biasa. Ada yang menggunakan sistem Android, Tizen OS, webOS dan banyak lagi.

Dengan adanya sistem operasi ini, ianya mampu untuk lakukan banyak fungsi yang antaranya mempunyai sambungan wifi, bluetooth dan paling menarik boleh install aplikasi.

Sekarang sudah banyak jenama yang mengeluarkan Smart TV seperti Samsung, LG, Xiaomi, Hisense, Megra dan banyak lagi.

{tocify} $title={Table of Contents}

Senarai 6 Smart TV Terbaik Harga Bawah RM2000 Untuk Tahun 2023

Jadi jika anda sedang mencari sebuah televisyen pintar dengan bajet 2k, ini merupakan 6 pilihan dan cadangan untuk anda.

1)  Xiaomi 4K UHD

Xiaomi 4K UHD

Sebuah Smart TV menjalankan sistem Android ini menawarkan kualiti 4K UHD dengan saiz 55-inci. Pastinya memberikan pengalaman dengan kualiti yang terbaik.

Selain itu, ianya disediakan dengan ciri Dolby Visioin dan HDR10+ yang memberikan ketepatan warna terang dan gelap. Gambar memang cantik la. Yang penting harga tak sampai RM2000 pun.

Selain mempunyai sambungan wifi, ianya juga menyediakan 3 sambungan HDMI, 2 USB 2.0, sambungan LAN dan Bluetooth 5.0. Boleh untuk sambungan speaker tambahan.

⏩ Link Pembelian : Shopee | Lazada

2)  LG TV 43UP75550PTC

LG TV 43UP75550PTC

Jika anda tidak berminat untuk menggunakan sistem operasi yang lain. LG TV ini menawarkan sebuah tv dengan saiz 43-inci dengan menggunaakn sistem WebOS.

TV LED ini masih menawarkan kualiti 4K UHD yang pastinya memberikan kualiti gambar yang cantik sesuai tontonana dan teknologi terkini.

Untuk sambungan, ianya menyediakan 2 sambungan USB, LAN ethernet, sambungan audio AV, Wifi dan sambungan bluetooth.

⏩ Link Pembelian : Shopee | Lazada

3)  MEGRA TV

MEGRA TV

Smart LED 4K UHD TV ini dikuasakan dengan sistem Android OS 9.0 bersama-sama 1 GB RAM dan 4 GB ROM pada sebuah tv bersaiz 50-inci.

Bukan itu sahaja, ianya juga menyediakan fungsi screen morroring melalui EShare untuk kedua-dua Android OS dan iOS. Masih menawarkan sambungan wifi, LAN, bluetooth, komponen AV dan banyak lagi.

Mana nak cari smart tv yang dah tersedia antena MYTV, MEGRA TV ini sudah ada. Jadi jika tiada astro, boleh tengok Myfreeview di sini tanpa perlu MYTV Box.

⏩ Link Pembelian : Shopee | Lazada

4)  Mi Smart TV P1

Mi Smart TV P1

Antara smart tv yang terbaik dalam senarai ini. Ianya menawarkan kualiti 4K UHD bersama-sama saiz skrin sebesar 55-inci dan dikuasakan dengan Android 10.0.

Bukan itu sahaja, P1 Mi TV ini satu-satunya dalam senarai yang memberikan jenis OLED yang menjadikan gambar lebih cantik.

Dengah harga RM1900, anda dapat sebuah tv yang mempunyai pelbagai ciri yang terbaik bagi nikmati sebuah tv pintar.

⏩ Link Pembelian : Shopee | Lazada

5)  Samsung TV 43AU7000

Samsung TV 43AU7000

Sebuah lagi smart tv yang dikuasakan dengan sistem operasi selain Android iaitu Samsung TV 43AU7000. Ianya menggunakan sistem operasi tersendiri iaitu Tizen OS.

Tv dengan saiz 43 ini juga menyediakan kualiti 4K UHD dengan jenis skrin LED. Beratnya pula hanya 11.6kg sahaja. Antara yang paling ringan dalam senarai ini.

Ada HDR10+, ada Dolby Digital dan macam-macam lagi. TV ini juga mengenakan bezeless design. Harga hanya sekitar RM1900 sahaja

⏩ Link Pembelian : Shopee | Lazada

6)  Hisense FHD 43A4000G

Hisense FHD 43A4000G

Senarai terakhir adalah sebuah tv yang menawarkan harga paling murah sekitar RM1300 sahaja. Walaubagaimanapun ianya hanya menawarkan sebuah smart tv dengan saiz 43 inci dan Full HD sahaja.

Tetapi kesemua ciri seperi sambungan wifi, usb, hdmi, av input masih tersedia seperti smart tv yang lain. TV ini dikuasakan dengan Android OS.

⏩ Link Pembelian : Shopee | Lazada

Dah ada yang menarik minat untuk anda dapatkan mana-mana smart tv dalam senarai ini? Harap ianya membantu.

Post a Comment

Previous Post Next Post