Tonton Drama Lelaki Lingkungan Cinta Di TV3 (Slot Lestary)

Tonton Drama Lelaki Lingkungan Cinta Di TV3 (Slot Lestary)

Drama terbaru akan menemui anda melalui drama Lelaki Lingkungan Cinta yang ditayangkan di TV3 melalui slot Lestary. Drama ini menggantikan drama Kampung People 2 sebelum ini. 

Lelaki Lingkungan Cinta akan menampilkan barisan pelakon muda yang akan menjalankan cerita ini seperti Naim Daniel, Ismail Izzani, Shasha Abedul. Cik B pun ada tau. Drama ini merupakan adaptasi daripada novel yang bertajuk sama "Lelaki Linkungan Cinta" hasil karya Lily Haslina Nasir pada tahun 2017.

Tayangan : Slot Lestary TV3
Pengarah : Emi Suffian
Pelakon : Naim Daniel, Shasha Abedul, Ismail Izzani, Shalma Eliana, Imran Aqil, Aniq Suhair, Aisar Khaled, Syazuwan Hassan, Izzrin Irfan, Asha Merican, Rozita Che Wan, Chemat Raja Lawwk, Cik B, Nazeera Sardi, Mas Anizan, Aresya Rania, Ummar Dzariff

Tonton Drama Lelaki Lingkungan Cinta Di TV3 (Slot Lestary)

Info Dan Sinopsis Drama Lelaki Lingkungan Cinta

Mengisahkan Adib (Naim Daniel), seorang jejaka lepasan SPM yang nakal mencuba untuk menawan hati si jelita, Esya (Shasha Abedul). Mereka dihantar ke sebuah kem jati diri di Gopeng, Perak oleh keluarga mereka sebagai aktiviti mengisi masa lapang mereka.

Adib telah jatuh hati pandang pertama kepada Esya semenjak waktu pendaftaran lagi. Dia telah mencuba pelbagai helah dan ‘pickup-line’ untuk menambat hati Esya, tetapi gagal. Ini kerana Esya sentiasa dijaga oleh sahabat baiknya yang sentiasa sibuk dengan media sosial, Maria (Cik B) dan sepupu Esya yang ‘over protective’ iaitu Zambri (Ismail Izzani).

Tonton Drama Lelaki Lingkungan Cinta Di TV3 (Slot Lestary)

Tonton Drama Lelaki Lingkungan Cinta Di TV3 (Slot Lestary)

Tonton Drama Lelaki Lingkungan Cinta Di TV3 (Slot Lestary)

Walaupun Esya tidak melayannya, Adib tidak pernah menyerah kalah. Malahan Adib telah mengatur pelbagai strategi agar dia boleh mendekati Esya. Keadaan menjadi semakin rumit apabila Zambri yang sebenarnya menyimpan perasaan terhadap Esya, mula menunjukkan perasaan cemburu.

Esya pula mula membenci dan meluat dengan perangai Adib yang kebudak-budakan. Esya pernah memarahi Adib agar Adib hentikan cubaannya untuk memikatnya, tetapi ia hanya meningkatkan daya pemikiran ‘kreatif’ Adib untuk mengenakan Esya.

Apakah rancangan Adib seterusnya? Adakah kenakalan yang dirancangkan Adib dapat melentur kekerasan hati Esya?

Waktu Tayangan

Drama Lelaki Lingkungan Cinta akan ditayangkan pada setiap hari Rabu hingga Jumaat pada pukul 9 malam di slot Lestary di TV3. Anda juga boleh strim melalui www.viu.com atau muat-turun aplikasi VIU di telefon pintar selepas selesai tayangan di TV3.

Jangan lupa untuk tebus akaun premium selama 7 hari di VIU dengan masukkan kod VIU7HARI


sumber : klapbod.com

Post a Comment

Previous Post Next Post