Filem Fast & Furious Akan Berakhir Pada Filem Ke-11

Filem Fast & Furious Akan Berakhir Pada Filem Ke-11

Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Sama la juga bagi filem franchise Fast & Furious yang pernah bermula dan akan berakhir tidak lama lagi.

Filem Fast & Furious kesukaan orang ramai ini akan berakhir tidak lama lagi dalam siri filem ke-11 seperti yang dimaklumkan oleh Variety. Selain itu, syarikat panggung wayang, GSC juga ada maklumkan perkara ini di laman facebook mereka.

Tidak lama lagi, filem ke-9 dengan nama Fast 9 akan ditayangkan. Dalam pada itu, baki lagi 2 filem iaitu filem ke-10 dan ke-11, pengarah Justin Lin akan ketuai sebagai pengarah yang mana beliau juga pernah mengarahkan filem Fast & Furious, Fast Five, Fast & Furious 6 dan juga yang terbaru F9.

Seperti yang dilaporkan oleh Variety, pengakhirnya filem ini hanya pada filem asal Fast & Furious sahaja tetapi pada filem pecahan lain mungkin akan diteruskan. Sebagai contoh, filem pada versi lain iaitu Fast and Furious Presents: Hobbs and Shaw dan juga animasi siri Netflix, Fast and Furious Spy Racers.

Filem Fast & Furious Akan Berakhir Pada Filem Ke-11

Filem Fast & Furious Akan Berakhir Pada Filem Ke-11

Jadi selepas filem ke-11 nanti, mungkin kita tidak lagi melihat ke akraban sebuah keluarga, Dom, Letty, Roman, Tej, Mia dan Han. Maka tamatlah era mereka ketika itu.

Tapi selepas itu, mungkin ada era baru yang dahsyat kan? Itu kena tunggu la selepas tayangan filem ke-11 (F9 pun tak pasti lagi bila ditayangkan)

Post a Comment

Previous Post Next Post